Trending By: SGMS Enal December 25, 2019 @ 11:14am

Amalan Karoshi, Perangai Gila Bekerja Rakyat Jepun

Jepun merupakan negara Asia yang paling maju kerana warganya yang memiliki semangat kerja yang tinggi.

Bagi rakyat Jepun, tahap kesungguhan dan kerajinan kerja disamakan denagn waktu bekerja yang lama.

Bagi mereka, tempoh bekerja yang lama ini mampu untuk memulihkan kembali ekonomi negara yang musnah  akibat Perang Dunia Kedua.

Budaya yang diamalkan ini telah mencetuskan isu karoshi.

Karoshi adalah istilah yang digunakan untuk mereka yang mengamalkan budaya kerja yang berlebihan sehingga menyebabkan gangguan kesihatan bahkan boleh membawa maut.

Aturan waktu kerja yang sangat panjang

Salah satu penyebab karoshi adalah waktu kerja yang sangat panjang. Undang-undang buruh di Jepun dari tahun 1993 sudah di tentukan yang kerja lebih 40 jam seminggu perlu dikira sebagai overtime yang melayakkan pekerja dapat upah lebih tinggi dari kadar yang biasa.

Namun, sekiranya terdapat syarikat-syarikat di Jepun yang memberikan perhatian tentang isu kesihatan pekerjanya, pekerjanya boleh dibenarkan pulang lebih awal iaitu jam 7 malam.

Alasan utama adalah kerana takut dipecat

Hal ini menjadi punca utama mereka bekerja keras.

Mereka tidak mehu mengecewakan orang atasan yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka dengan hasil yang tidak seberapa.

Oleh kerana hal ini, mereka bekerja terlalu keras hingga diluar kemampuan mental dan fizikal mereka.

Gangguan kesihatan seperti stress, depersi serta kesihatan tubuh badan mula menyerang diri.

Strok dan serangan jantung menjadi punca kematian para pekerja di Jepun

Waktu kerja yang berlebihan ditambah pula dengan kurang waktu beristirehat menyebabkan mereka mengalami gangguan stress yang sangat teruk.

Hal ini ternyata sangat bahaya yang boleh mengakibatkan strok dan serangan jantung.

Ketika seseorang itu terkena strok, darah yang sepatutnya mengalir ke otak menjadi terputus hingga boleh menyebabkan pembuluh darah pecah dan sel-sel otak pun mati.

Kondisi seperti inilah yang akan meyebabkan berlakunya karoshi di Jepun.

Wartawan politik NHK Miwa Sado mati akibat sakit jantung pada Julai 2013.

Pada ketika itu, Sado membuat lipitan pilihan raya tempatan dan perlimen untuk stesen televisyen tersebut.

Sumber : idntimes

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Apr 2019

Bas Pekerja Berlumba 12 Nyawa Melayang

12 mayat mangsa kemalangan itu sudah dituntut oleh keluarga, majikan dan kedutaan masing-masing dan dihantar pulang ke negara asal.

Featured Thu, 16 Sep 2021

Jom Semak 5 Filem Patriotik Yang Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

Selamat menyambut Hari Malaysia! Ada pelbagai perkara yang patut kita syukuri sebagai rakyat Malaysia. Negara kita masih aman tanpa rusuhan atau peperangan dan rakyatnya juga berbilang kaum. Bersempena sambutan Hari Malaysia, pastinya pelbagai seleksi filem […]

Trending Fri, 26 Jun 2020
Featured Thu, 17 Aug 2023
Trending Tue, 19 Mar 2019

牛奶可乐一夜爆红!网友吵翻了,你敢喝吗?

最近,推特上有人又发起了一项挑战——牛奶+可乐,你会喝吗?