Trending By: Del14 October 4, 2019 @ 12:26pm

Anak Angelina Jolie Jadi Rapper di Korea?

Siapa yang tidak mengenali Angelina Jolie, malah semua aktiviti dalam kehidupannya sehari-hari termasuklah berita mengenai anak-anaknya bersama pelakon terkenal Hollywood Brad Pitt, sering menjadi topik utama mana-mana tabloid di luar negara.  Salah seorang anak yang diangkat Angelina ketika bersama Brad Pitt, yang bernama Maddox Jolie-Pitt baru-baru ini telah diterima untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea dalam jurusan biokimia.

Tak sangka rupa-rupanya anak Angelina dan Brad Pitt yang sebenarnya berasal dari negara Cambodia ini bahagia di Korea dan memang berminat dengan musik hip-hop yang popular di Korea.  Seperti yang dilaporkan portal hiburan Koreaboo, Maddox telah pun menyertai sebuah klab hip hop di kampusnya yang bernama RYU.

Sumber foto: Koreaboo

Kumpulan RYU atau nama panjangnya ‘Rap in da Yonsei University’ ini memang sudah selalu membuat persembahan di acara-acara tertentu. Wah! Maddox rupanya Maddox bercita-cita untuk menjadi seorang rapper? 

Seperti yang dijelaskan di Koreaboo, memang betul Maddox telah mendaftar untuk menyertai klab hip-hop universiti tersebut, tetapi sebagai ‘pendengar’.  Rupa-rupanya ada beberapa kategori yang ditawarkan iaitu mendaftar sebagai rapper, vokal, produser dan pendengar, dan Maddox untuk saat ini telah mendaftar sebagai pendengar.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Nov 2023
Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Featured Fri, 6 Aug 2021

“Akhirnya Ada Juga Drama Berfaedah..” -Penutup Drama Ayahanda Dipuji, Raih 4 Juta Tontonan

Drama Ayahanda yang mendapat perhatian ramai di media sosial telah pun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu lalu dengan sebuah pengakhiran yang cukup mantap. Terbaru, drama yang sarat dengan emosi dan pengajaran itu berjaya mencatat 4 […]

Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak