Trending By: SGMS Faida March 13, 2018 @ 10:48am

Anak Jutawan Turki Maut Dalam Nahas Udara

Malang tidak berbau…Itu gambaran tepat pemergian anak perempuan kepada jutawan terkenal Turki, Mina Basaran.

Mina antara 11 mangsa yang dilaporkan terbunuh, selepas pesawat Bombardier Challenger 604 yang dinaiki terhempas di kawasan pergunungan di Zagros,semalam. 

Bapanya, Huseyin Basaran seorang jutawan ternama yang memiliki segala bentuk kekayaan dunia termasuk jet peribadi.

Turut terkorban, tiga anak kapal, termasuk dua juruterbang wanita pesawat itu yang dipercayai dimiliki oleh Basaran Holding, iaitu syarikat yang diterajui bapa mangsa, Huseyin.

Ketika kejadian, pesawat persendirian itu dalam perjalanan menuju Istanbul dari Sharjah, selepas Mina dan tujuh lagi rakannya bercuti di Emiriah Arab Bersatu (UAE), bagi meraikan majlis perkahwinannya.

Media tempatan Turki melaporkan, Mina, 28, bertunang pada Oktober lalu dan percutian di UAE bersama rakannya diadakan sebelum beliau menamatkan zaman bujangnya.

Malah, mereka dilaporkan memuat naik gambar percutian di Dubai itu di media sosial sehari sebelum kejadian.

Sementara itu, Mina dilantik menganggotai lembaga pengarah syarikat miliknya bapanya pada 2013.

Syarikat yang berpangkalan di Istanbul itu dilaporkan terbabit dalam sektor tenaga, pembinaan dan pelancongan, serta memiliki beberapa hotel.

Jabatan Penerbangan Awam Sharjah, dalam satu kenyataan, menyatakan pesawat itu tidak memohon prosedur penyenggaraan ketika berada di lapangan terbang itu.

“Pesawat itu berlepas pada jam 5.16 petang (waktu tempatan) dan didapati hilang dari skrin radar pada jam 7.30 malam (waktu tempatan),” lapor agensi berita WAM yang memetik kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Sharjah.

Walaupun punca kejadian masih belum diketahui, namun menurut beberapa laporan insiden berlaku ketika hujan lebat. – AFP

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 Aug 2023
Trending Wed, 1 Aug 2018

Burger Daging Buaya Bikin Festival Makanan Kuching 2018 Gempar!

Rata-rata pengunjung yang sempat ke tapak Festival Makanan Kuching 2018 baru-baru ini, tergamam melihat seekor buaya sedang dibakar.

Trending Tue, 12 Apr 2022

Malaysia Terima 48,000 Stok Ubat Antiviral Paxlovid Semalam

Ubat Antiviral Paxlovid tiba di Malaysia

Trending Tue, 21 Aug 2018
Featured Thu, 24 Nov 2022

“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Ramai artis yang terlibat mendoakan dan membacakan Yassin buat Nad Zainal…

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Trending Sun, 24 Apr 2022

Polis Jangka 1.4 Juta Kenderaan Masuk Kedah Aidilfitri Ini

Jangkaan trafik ke Kedah sempena Aidilfitri

Featured Fri, 12 May 2023
Kisah Viral Fri, 17 Nov 2023