Kebab punya pasal, sepasang suami isteri yang baru 40 hari berkahwin nekad bercerai! Aik, sebab kebab je kot…

Menurut portal berita Mesir, Masrawy, si isteri ‘bengang’ dengan sikap suaminya yang dianggap kedekut kerana enggan membelikan kebab (shawarma).

Kredit gambar: Unislim

Wanita bernama Sameeha itu naik angin apabila suami tidak mahu menurut permintaannya ketika mereka keluar berdua.

“Perkahwinan kami memang tradisional. Saya cuma mengenalinya dua bulan sebelum majlis diadakan dan tidak pernah menyangka betapa kedekutnya dia.

“Ketika minggu pertama perkahwinan kami, dia mengaku tidak suka keluar ke mana-mana kerana dianggap membazir,” katanya kepada Masrawy.

Sameeha memberitahu suaminya hanya membelikan jus.

Si suami yang tidak berpuas hati dengan kenyataan isterinya mendakwa wanita itu ‘mengeksploitasi kekayaannya’ kerana mendesak mahukan kebab selepas dibelikan jus.

Kes itu baru difailkan di mahkamah Mesir dan belum diputuskan. Aduhai, kami harap kes ini dapat diselesaikan secara baik. Kebab punya pasal, macam-macam hal…