Trending By: SGMS Faida July 12, 2019 @ 1:34pm

Alamak…Jurukamera ‘Seriau’ Kena Kacau Maknyah!

“Suasana itu perkara biasa di sana cuma ini kali pertama rakan saya berdepan situasi itu,” dedah jurugambar perkahwinan, Fakhrul Aizat Agos Lokman, 32, susulan video dia bersama dua lagi rakan, Ihsan Rosniza, 27, dan Azrul Aziz, 27, diganggu ‘maknyah’ di New Delhi, India, tular di Twitter sejak semalam.

“Ketika itu, kami bertiga dalam perjalanan ke sebatang sungai berhampiran New Delhi untuk melihat matahari naik.

“Sebaik saja tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran Asaf Ali Road, sekumpulan ‘maknyah’ menghampiri kenderaan dinaiki kami. Mereka sebenarnya berkumpul di situ sebab nak minta sedekah.

“Tapi disebabkan ini pengalaman pertama Ihsan, saya sengaja merakam insiden itu,” kata Fakhrul Aizat yang sering ke India dan Kashmir merakam foto-foto menarik.

Namun dia tidak menyangka, video yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya pada 26 Mac lalu tetapi dimuat naik ke laman sosial Twitter dan Instagramnya pagi semalam, tular hari ini.

Dalam video yang diulang Tweet lebih 21,600 dengan hampir 10,000 tanda suka, Azrul (berbaju hitam) menegur seorang maknyah yang mendekati kenderaan mereka.

“Awai pagi noh? Awai pagi dah cari pelanggang noh?” soal Azrul, sebelum Ihsan (berbaju kuning) menjerit apabila maknyah yang mendekati mereka mula mengusik.

Selepas insiden melucukan itu, mereka terus menuju ke lokasi dituju untuk merakam gambar.

Mereka bertiga ke negara itu pada 13 Mac hingga 26 April lalu.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Utamakan Ibu Bapa, Hafiz Mahamad Ingat Pesanan Isteri – “Happy Kan Mereka Dulu”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang acap kali tular dengan kerja-kerja amal dan sifat rendah dirinya sekali lagi mencuri perhatian warganet. Hafiz yang membawa kedua orang tuanya bercuti ke Switzerland, mengingati pesanan dari isterinya, Syafiqah […]

Featured Mon, 22 May 2023