Wabak Virus Novel Korona atau Koronavirus (COVID-19) nampaknya semakin parah apabila dari hari ke hari semakin banyak peningkatan kes dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan setakat ini, wabak tersebut telah meragut sebanyak 21 nyawa di Malaysia.

Ekoran situasi COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh dunia, Yang-di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menitahkan supaya rakyat Malaysia mendirikan solat hajat khusus untuk mengekang wabak ini daripada terus berleluasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga berharap semua pihak dapat menyahut seruan dan titah Agong dan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing, di samping mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

 

 

Dr.Zulkifli turut berkongsi waktu-waktu yang diharamkan solat.

  1.  Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (Kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).

  2.  Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.

  3.  Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.

  4.  Selepas solat Asar (Kecuali berada di Tanah Haram)

  5. . Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (Kecuali di Tanah Haram)

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sayangkan agama dan setiap bangsanya, marilah sama-sama untuk menyahut seruan dan titah ini.

Jangan lupa juga untuk sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dan setiap individu wajib dan peka untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

 

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun