Trending By: SGMS Faida February 13, 2018 @ 6:37am

BANGUNAN KWSP TERBAKAR!

Patutlah trafik sesak sejak jam 12 tengahari tadi di sepanjang Federal Highway, ini berikutan kebakaran di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, sebentar tadi.

Anda yang merancang untuk lalu Lebuhraya Persekutuan, kalau boleh elakkan ya buat sementara waktu. Asap tebal serta api boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat melakukan kerja memadam api! Punca kebakaran masih belum diketahui sehingga kini. Diharapkan semoga tiada yang terperangkap ataupun tercedera … Insha Allah  

Sebanyak lapan jentera bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran di bangunan berkenaan.

Sehingga kini, usaha memadam dilakukan kira-kira 43 anggota dan pegawai JBPM dari Balai Bomba Damansara, Balai Bomba Pelabuhan Klang, Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pantai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Fri, 26 May 2023
Featured Thu, 28 Oct 2021

Anak Bongsu Mamat Khalid Berduka Tak Sempat Tatap Wajah Ayah

Anak bongsu Allahyarham Mamat Khalid, Ann Khalid merupakan satu-satunya ahli keluarga yang tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Memetik laporan Harian Metro, isteri Allahyarham, Hasmah Hassan berkata, anak bongsunya yang mesra disapa Baby […]

Featured Fri, 4 Nov 2022

Bakal Merebut Kerusi Parlimen Gombak, Azwan Ali Akui Masih Gementar

Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA disahkan bertanding di kerusi Parlimen Gombak sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Lebih menarik abangnya juga, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertanding di kerusi […]

Featured Sat, 22 May 2021

80 Peratus Sektor Awam, 40 Peratus Sektor Swasta Diwajibkan Bekerja Dari Rumah

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara MKN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia KKM hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata sebanyak 80 peratus pekerja sektor awam diwajibkan bekerja dari rumah. Manakala bagi sektor […]