Trending By: SGMS Enal December 30, 2019 @ 12:26pm

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Lebih 250 petugas tiga jabatan kerajaan di bangunan Wisma Perkeso di sini bergegas meninggalkan tempat kerja masing-masing apabila perkhidmatan siar raya meminta mereka segera mengosongkan bangunan itu kerana ada ‘serangan oleh empat lelaki yang mengamuk’.

Para petugas lari bertempiaran ke medan meletak kereta ketika lima lelaki bersenjatakan kayu mengamuk di lobi Wisma Perkeso pada 10.15 pagi kerana tidak berpuas hati apabila tapak pembinaan tempat mereka bekerja ditutup oleh pihak Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan  (JKKP).

Mereka menyerang kaunter JKKP dan mencederakan petugas dan orang awam. Ketangkasan pengawal keselamatan berjaya menahan tiga lelaki itu, manakala dua lagi naik ke tingkat dua bangunan sebelum ke tingkat lima dan  meneruskan amukan.

Bagaimanapun kedua-dua pekerja terbabit berjaya ditangkap setelah bergelut dengan angota polis yang menunggu di lobi dan perkarangan bangunan.

Perkarangan Wisma Perkeso yang sentiasa tenang, kecoh dengan bunyi hiruk pikuk siren polis dan ambulan yang bersiap sedia

Situasi cemas yang berlaku hampir satu jam itu  bagaimanapun adalah sebahagian daripada latihan  keselamatan oleh JKKP dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu , RELA, Pasukan Tindakan Kecemasan JKKP  dan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II).

Pengarah JKKP Kelantan Abdul Aziz Salim berkata latihan ini adalah  sebagai langkah berjaga-jaga menurut  seksyen ke 15 Akta Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerjaan  di mana setiap majikan wajib memastikan tempat kerja mereka selamat dan bebas daripada ancaman keselamatan.

”Alhamdulillah kita berjaya mengosongkan Wisma Perkeso  dan menjalankan latihan mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya kepada sumber selepas latihan itu.

Sementara itu kakitangan  yang ditemui menyatakan pada mulanya mereka cemas apabila mendengar pengumuman itu yang mengarahkan semua berkumpul di medan letak kereta.

Hirwan Saringat berkata  mereka pada mulanya tidak menyangka itu adalah latihan kerana terasa seperti ianya  benar-benar berlaku.

Beliau  mencadangkan agar latihan seperti itu diadakan selalu sebagai persediaan bagi semua kakitangan dalam menghadapi saat cemas.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Trending Tue, 23 Aug 2022

“Sebelum Ada Rezeki, Kalau Boleh Kami Nak…” – Puteri Aishah Tak Rancang Soal Anak

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu bersama pilihan hatinya, kehidupan pelakon Puteri Aishah semakin bahagia disamping suami tercinta. Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan anak seni apabila disoal mengenai perkembangan selepas berkahwin terutamanya […]

Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Mahu Lebih ‘Confident’ & Jaga Penampilan Diri, Zoey Rahman Mengaku ‘Buat Muka’ – “Orang Tak Suka Abaikan Saja”

Saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu – Zoey Rahman

Trending Sat, 3 Feb 2018

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

“Kami Mahu Keadilan,” Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Featured Mon, 5 Dec 2022
Trending Wed, 27 Nov 2019

Agnez Mo, Whom Was Agnes Monica Claimed To “Not Have Indonesian Blood Whatsoever” After Made It In The US

That is a big claim and what she has said sparks racial debate on social media.

Trending Sat, 24 Oct 2020
Featured Sat, 4 Dec 2021

Gara-Gara Tegur Berkaitan Hutang, 4 Sekeluarga Ditetak

Polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes menetak empat sekeluarga di sebuah ladang di Kampung Cahaya Baru, Beluran, Sandakan pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mereka merupakan anak […]