Trending By: SGMS Enal September 18, 2019 @ 4:13pm

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Harimau kumbang yang dilapor berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah, Dungun sejak dua minggu lepas masih berkeliaran dan belum berjaya ditangkap.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata pihaknya telah memasang perangkap harimau di sekitar kawasan itu semalam dan terus melakukan pemantauan.

“Selagi harimau itu belum masuk perangkap, kita nasihatkan penduduk terus berhati-hati dengan pergerakan mereka serta mengelak berada di luar rumah sekiranya tiada perkara yang mustahak.

“Paling penting, penduduk perlu melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya ada terlihat harimau itu di persekitaran mereka,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ini adalah aduan pertama diterima pihaknya mengenai harimau di kawasan perumahan setelah kemunculan dua ekor harimau di Kampung Besul Lama, Bukit Besi di Dungun dua bulan lepas.

Semalam, dilaporkan kebimbangan penduduk di taman perumahan itu kerana sering melihat harimau kumbang di sekitar rumah mereka sejak dua minggu lepas.

Pada 19 Julai lalu, seekor harimau daripada spesies Malaya yang dianggarkan seberat 130 kilogram berjaya ditangkap kira-kira 3.30 petang selepas ditembak menggunakan ubat pelali.

Haiwan yang dianggarkan berusia lima tahun itu ditangkap ketika sedang berehat di kawasan belukar sekitar 500 meter dari jalan utama Kampung Besul Lama.

Bagaimanapun, harimau berkenaan dilaporkan mati pada 23 Julai lalu ketika berada dalam rawatan dan kuarantin di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Mar 2020

[VIRAL] Hebat Dan Bertenaga! Atuk 103 Tahun Nikahi Gadis Usia 30 Tahun!

CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin […]

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

[VIDEO] Akui Salah, MK K-Clique & Isteri Minta Maaf Tak Pakai ‘Seatbelt’… Netizen Puji Bagus Tak Cepat Melenting

Ok settle, tenang tenang guys! Moga jadi peringatan buat semua.. keselamatan no syatu ok! 🫡

Featured Tue, 14 Sep 2021