Trending By: SGMS Faida June 7, 2018 @ 3:57am

Boikot Piala Dunia 2018, Australia Akhirnya Tarik Diri!

Susulan hubungan tegang dua negara ini, Australia nekad tidak menghantar delegasi rasmi ke pertandingan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Rusia pada 14 Jun ini.

Ini menyaksikan Australia bakal menyertai United Kingdom (UK) untuk memboikot negara tuan rumah itu.

Perlawanan pembukaan dan akhir pada setiap acara Piala Dunia yang kebiasaannya dihadiri oleh wakil ketua negara dan kerajaan, menjadi acara rundingan tidak rasmi.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop (gambar) mengesahkan kepada AAP bahawa tiada wakil Australia yang akan terbang ke Rusia.

“Kerajaan Australia tidak akan masuk campur dalam keputusan Persekutuan Bolasepak Australia yang berkaitan dengan Piala Dunia.

“Duta Australia ke Moscow akan menghadiri Sukan Socceroos,” kata Bishop.

Australia sebelum ini sering memprotes Rusia berhubung pencabulan hak asasi manusia dan kerana melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk pencabulan Crimea dari Ukraine pada 2014.

Bulan lalu, Bishop mendakwa penglibatan kerajaan Rusia dalam kejadian tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 yang turut mengorbankan seramai 38 warga Australia.

Menteri luar tersebut turut memohon untuk bercakap dengan kerajaan Vladimir Putin bagi mendapatkan pampasan buat keluarga mangsa nahas MH17. -Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Dec 2021
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

24 Tahun Di Amerika Syarikat, Datuk Shake Masih Fasih Bahasa Melayu

“Saya anak Johor, mana mungkin saya lupa bahasa ibunda” – Datuk Shake

Trending Sun, 24 Mar 2019

Tan Sri Vincent Tan Nafi Berjaya Air Punca Kematian Pekerja MAS

Beliau berkata syarikat Berjaya Air akan  memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan pihak berkuasa.