Trending By: SGMS Faida April 24, 2018 @ 1:45am

Cedera Terkena Bom, Askar Jadi Penerima Pertama Pemindahan Zakar

Satu pasukan yang terdiri daripada sembilan pakar bedah plastik dan dua pakar bedah urologi berjaya menjalankan pembedahan terhadap seorang bekas askar! Bukan pembedahan biasa tau, ia melibatkan pemindahan zakar dan skrotum. Askar itu dilaporkan cedera terkena bom ketika berkhidmat di Afghanistan.

Pembedahan dijalankan di Hospital Johns Hopkins, New York walaubagaimanapun tidak mendedahkan warga negara askar itu. Pembedahan dijalankan selama 14 jam pada 26 Mac lalu.

Hospital itu dalam satu kenyataan memberitahu, pasukan itu memindahkan keseluruhan zakar, skrotum tanpa buah zakar dan sebahagian dinding perut daripada penderma yang sudah meninggal dunia.

Bekas askar itu yang enggan dikenali dilaporkan semakin pulih daripada pembedahan dan dijangka dibenarkan pulang pada minggu ini.

“Kami berharap pemindahan ini akan memulihkan ke tahap hampir normal fungsi kencing dan seksual lelaki muda ini,” kata ketua pembedahan plastik dan pembentukan semula, Dr WP Andrew Lee.

Pesakit berkenaan memberitahu, kecederaan yang dialaminya itu sangat mengejutkan dan sukar diterima.

“Apabila saya kali pertama bangun selepas pembedahan, saya rasa lebih normal dan lebih yakin,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Oct 2023
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023
Trending Tue, 10 Apr 2018

GE14 Date Announced! Time to Balik Kampung!

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah has just announced the dates!

Featured Mon, 15 May 2023
Featured Sun, 20 Feb 2022