Trending By: Aisyah Badrul March 24, 2020 @ 1:18pm

Covid-19:Nourul Depp Gabung Penyanyi Tanah Air, Beri Semangat Buat Rakyat Malaysia

WALAUPUN penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dengan peningkatan angka kematian saban hari,perkara ini  tidak mematahkan semangat patriotik dan cintakan negara untuk barisan penyanyi dan selebriti tanah air kita. 

Penyanyi Nourul Depp bertindak menghasilkan video menggabungkan beberapa penyanyi tanah air sebagai tanda sokongan kepada rakyat Malaysia. Nourul memilih lagu Gemilang nyanyian Ratu Rock Malaysia, Ella sebagai lagu semangat untuk semua rakyat Malaysia menghadapi penularan wabak Covid-19 pada ketika ini.

Video berdurasi 6 minit  yang dimuatnaik oleh Nourul menerusi laman Instagram miliknya itu menampilkan beberapa penyanyi tanah air seperti Yuna, Siti Nurhaliza,Ella Adibah Noor, Ning Baizura, Elyana, Floor 88 dan ramai lagi. 

Terdapat juga nyanyian daripada pelajar IPTA dan  petugas-petugas hospital yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa virus Covid- 19 ketika ini. 

Usaha Nourul dan rakan-rakan artis yang lain memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang sedang berhadapan dengan situasi membimbangkan ketika ini  sewajarnya dipuji!

Menurut sumber Berita Harian, idea untuk menjalankan misi ini tercetus apabila melihat aktres Hollywood, Gal Gadot  menggabungkan rakan artis menyanyikan lagu Imagine dendangan John Lennon.

Di Indonesia, pengacara Najwa Shihab  juga berjaya menggabungkan penyanyi-penyanyi Indonesia untuk memupuk semangat dan usaha menghindari wabak berbahaya ini daripada terus menular.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Nov 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Trending Tue, 23 Jul 2019

插画家运用「巧妙的3D技术」让平面漫画都赋予新生命!

插画家运用「巧妙的 3D 技术」让平面漫画都有了新生命,一个个跳出纸面来!

Trending Tue, 16 Feb 2021
Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Kami Kongsikan Cara Gen-Z Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Gaya Tersendiri. Barulah Lebih Kik!

Sebut mengenai Hari Raya mesti ramai yang excited kan? Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba baru! Berbincang mengenai Hari Raya, tahukah korang golongan gen-Z atau […]