Selepas menceraikan isterinya yang sarat mengandung, PU Abu mengumumkan sudah bernikah dengan wanita bernama Hana Azraa pada 2 Mei lalu.

Menerusi laman IG Storynya awal pagi ini, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan mengakui hal itu sebelum akaun Instagramnya dinyahaktif.

“Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 mei lepas. Terima kasih yang menyebarkan. Yang penting hubungan saya sudah halal. Berhenti mengecam saya seolah2 hanya saya yang melakukannya. Sila jaga tepi kain masing – masing. Terima kasih,” tulisnya di laman IG story.

 

” Saya dan isteri sudah sedia dari awal lagi jika diboikot. Yang beri rezeki kami itu bukan kalian. Berhenti DM saya dengan dengan hinaan dan tomahan. Bukan saya seorang sahaja yang berbuat demikian,” katanya berpesan agar netizen ‘menjaga kain’ masing-masing terutama di bulan Mulia ini. 

Sementara itu, PU Abu juga bersumpah atas nama Allah bahawa akaunnya telah diceroboh pada tengah malam tadi.

” Saya mohon netizen berhenti sebarkan berita tersebut. Saya tak nak cerita ini berterusan. Bukan sekadar IG malah FB dan Gmail saya juga dihacked. Instagram dan Facebook dapat semula namun Gmail saya tidak.

” Kecam boleh tapi jangan sebarkan berita itu,” tulinsya.

Sementara itu, PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

” Ini adalah berita palsu! Story yang telah dimuat naik pada instagram saya semalam adalah bukan dari saya. Instagram saya telah dihacked oleh ‘seseorang’.

” Cukuplah menabur fitnah pada saya. Perbetulkan kenyataan tersebut. Pernikahan saya dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua. Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.

” Jangan cemarkan bulan yang mulia ini. Saya doakan ‘seseorang’ itu di beri petunjuk,” katanya. 

Nama PU Abu mula menjadi bualan apabila menceraikan isterinya Ain Afini untuk berkahwin dengan wanita yang merupakan ibu tunggal, Hana Azraa.

Ain mendedahkan perkara itu di Instagramnya dengan meluahkan kecewanya terhadap bekas suaminya itu. 

PU Abu juga dilaporkan memohon keizinan untuk berkahwin satu lagi sedangkan usia perkahwinan mereka baru sahaja menginjak dua bulan.