Trending By: SGMS Faida April 5, 2018 @ 9:59am

‘Dakwat Di Jari’ Kupas Isu Wanita Dalam Pilihan Raya Ke 14

Kehangatan pilihan raya umum ke 14 (PRU14) yang bakal diumumkan bila-bila masa kini dah dirasai! Menerusi PRU kali ini, wanita dijangka menjadi penentu kepada kemenangan calon dari parti yang bertanding.

Ini kerana bilangan peningkatan yang ketara. Buat pertama kalinya, lebih 51 peratus pengundi bakal turun menjalankan tanggungjawab mereka kali ini.

Sehubungan itu, pihak TV9 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program khas yang mengangkat kaum wanita sebagai topik utama dalam membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen.

Program Dakwat Di Jari yang bakal bersiaran selama sejam bermula 5 petang mulai Hari Penamaan Calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Berhad, Encik Johan Ishak memaklumkan program bual bicara ini merupakan platform bagi kaum wanita menzahirkan pendapat dan buah fikiran dan harapan mereka untuk lima tahun akan datang.

“ Program ini menampilkan wanita-wanita berpengaruh dalam industri politik negara seperti ahli politik, selebriti dah ahli akademik,” katanya ketika Majlis Pelancaran Program Dakwat Di Jari yang berlangsung di Royal Chulan Damansara, sebentar tadi.

Program bual bicara yang dikendalikan oleh pasangan pembaca berita TV9, Mas Zharif Aziz Desa dan Hawa Rizwana Redzuan ini bakal membincangkan kepelbagaian topik berkepentingan terhadap wanita. Wah, mesti menarik ni!

Pihak Media Prima Berhad kini telah bersiap-sedia dengan pelbagai program khas dan siaran langsung berkaitan PRU14.

Oh ya, jangan lupa tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia, jom turun mengundi!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Mar 2019

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Featured Thu, 11 May 2023
Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

Trending Tue, 2 Jun 2020

KPT Rangka Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian IPT

Semoga ada berita gembira buat semua pelajar

Trending Fri, 31 Jan 2020

Kerajaan MALAYSIA akan sumbang 18 juta sarung tangan untuk Wuhan

Dalam usaha untuk membantu China menangani wabak Coronavirus, Malaysia tidak terkecuali menghulurkan bantuan sebagai negara ‘sahabat’. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata kerajaan akan sumbang 18 juta sarung tangan ke Wuhan sebagai satu inisiatif bantu China […]

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Featured Wed, 7 Jun 2023