Trending By: SGMS Enal November 23, 2018 @ 8:55am

‘Ditelan’ Mesin Kitar Sampah, Separuh Badan Hancur

Tidak semua sampah yang dibuang tidak boleh dikitar semula. Ada yang boleh ada yang tidak. Baru-bari ini di Korea Selatan, dipercayai seorang rakyat Malaysia nyaris maut ditimpa kemalangan . Kemalangan ditempat kerja di kilang kitar semula. 

Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas ‘ditelan’ mesin kitar sampah di kilang yang terletak di Samseong, Seoul pada Isnin lalu.

Hampir separuh badan hancur akibat insiden ini. Keadaan Daniel masih lagi belum stabil lagi.

Ahmad Fuad Yun, 52, memberitahu dia berasa amat terkejut ketika dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa Daniel Arif oleh rakan anaknya.

“Saya dapat tahu daripada kawan-kawan dia yang berada di sana. Saya memang terkejut, tapi saya percaya dengan berita tersebut kerana kawan dia tu memang bersahabat rapat dengannya.

“Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu… sesiapa pun akan sedih. Tapi, kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah,” ujarnya dalam nada sebak 

Anggota badan mangsa dari bahagian paha ke hujung kaki tidak dapat diselamatkan.

Tambah Ahmad Fuad, dia dan isterinya, Zainah Mohamad ketika ini sedang menguruskan dokumen berkaitan di Jabatan Imigresen sebelum meneruskan perjalanan ke Korea Selatan untuk melihat keadaan anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap apa sekarang, saya cuma nak jumpa dia dulu je,” katanya yang dijangka terbang ke Korea Selatan pada Sabtu.

Tiada apa yang diminta doa buat anak supaya kembali sembuh dan andai ada rakyat Malaysia yang prihatin ingin mengulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di account ibunya

ZAINAH MOHAMAD
MAYBANK 
No Account 157090003447 
Contact +60195589488

Dari pihak xtra kami mendoakan agar adik Daniel cepat sembuh dan tabah menerima dugaan dan cabaran ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Oct 2020

Solat Jumaat dan Nikah Di Negeri Selangor Hanya Dibenarkan Di Zon Hijau

Take note korang yang nak nikah dekat Selangor tu..

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Hiburan Sat, 28 Oct 2023

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Sedih lihat situasi di Gaza sekarang ni! Semoga Allah lindungi semua umat Islam di Palestin!