Trending By: Aisyah Badrul March 23, 2020 @ 12:27pm

“Duduk Rumah Boleh Tidur Peluk Suami Lama-Lama,”- Che Ta Ajak Netizen ‘Stay At Home’

Ekoran penularan pandemik Covid-19 yang sudah memasuki gelombang kedua pada waktu ini, rata-rata artis Malaysia dan para influencers tidak melepaskan kesempatan memberi nasihat kepada rakyat  Malaysia untuk mematuhi arahan Kawalan Pergerakan yang telah telah dijalankan bermula  18 Mac hingga 31 Mac ini.

Lebih membimbangkan, sehingga hari ini, jumlah kes yang dicatatkan semakin bertambah dan sudah mencecah lebih 1000 kes. Ada juga beberapa daerah yang sudah ditanda sebagai kawasan merah.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau mesra dengan nama gelaran Che Ta juga tidak terlepas mengambil kesempatan menasihati rakyat Malaysia supaya menjaga diri dengan mengkuarantinkan diri di dalam rumah pada waktu ini.

Menurut Che Ta menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya baru-baru ini, Che Ta menjelaskan bahawa dia menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa dan bermanja bersama suaminya, Zain Saidin di rumah. Dalam pada masa yang sama boleh mengeratkan hubungan antara suami isteri.

“Yeay, duduk rumah boleh tidoq peluk laki lama-lama,”

Sweet dan romantik je foto yang dimuatnaik bersama suaminya. Pesan Che Ta lagi menerusi kapsyen yang ditulisnya, elakkan daripada terkena jangkitan Covid-19 pada waktu ini kerana kita akan dapat mengesan penyakit ini selepas 14 hari.

Pada waktu itu, hospital sudah penuh dengan pesakit lain dan kita tidak mempunyai tempat di hospital. Ada betulnya juga pesan Che Ta tu. Jadi korang kena jaga diri dan kesihatan korang baik-baik ya. 

Foto romantik ini ternyata telah mendapat perhatian ramai dan ramai netizen memuji kejelitaan Che Ta walaupun ketika berada di dalam rumah.  Tidak kurang juga ada yang mendoakan supaya Aaisyah Dhia Rana dapat adik baru! 

Intagram Rozita Che wan

Intagram Rozita Che wan

Intagram Rozita Che wan

Intagram Rozita Che wan

Apa-apa pun korang kena stay at home macam Che Ta juga okay?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Sep 2020
Trending Wed, 28 Oct 2020

Tarikh Tutup GKP 2.0 31 Oktober Ini

Sama- sama kita bangunkan ekonomi negara!

Trending Thu, 15 Oct 2020

Individu Langgar SOP Akan Di kompaun Serta Merta

Patuh SOP! Hentikan penularan Covid-19

Trending Mon, 19 Apr 2021
Trending Tue, 14 Dec 2021

Tegur Rakan Tonton Video Lucah Jadi Punca Buli, 10 Pelajar MRSM Ditamatkan Pengajian Bermula Hari Ini

Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang terbabit dalam kes buli baru-baru ini ditamatkan pengajian berkuat kuasa hari ini. Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) […]

Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Ustazah Asma’ Beri Tips ‘Dating’ Halal – “Ajak Ibu Ayah Atau…”

Agak agak kita boleh try tak tips dating secara halal ni? 🥶🥶