Trending By: Attiqah Mohd February 28, 2020 @ 9:22am

“Ego, Cerebral Palsy Dan Keguguran”- Angkat Isu Rumah Tangga, Drama Maaf Tak Indah Main Emosi Netizen

Masalah rumah tangga dalam sesebuah perkahwinan bukan lagi sesuatu yang dikira sebagai”taboo”. Isu seperti penderaan fizikal dan mental, poligami, nafkah zahir dan batin, kesuburan merupakan antara masalah rumah tangga yang sering menjadi topik dan bualan ramai hingga ramai yang bertindak meluahkan “masalah dalam kain” di laman sosial.

Terbaru, drama Maaf Tak Indah yang kini bersiaran di Slot Samarinda telah mengetengahkan isu masalah rumah tangga yang sebenarnya dialami oleh masyarakat dalam realiti kehidupan hari ini. Drama ini dibintangi oleh Azlee Khairi, Azar Azmi, Fizo Omar, Ruhainies dan ramai lagi.

Kehendak dan ego seorang lelaki 

Dalam drama tersebut, watak utama iaitu Raimie lakonan Azlee Khairi digambarkan sebagai seorang lelaki yang bersifat egoistik. Raimie merupakan suami kepada Syazan. Mereka berdua telah berkahwin namun kehidupan rumah tangga mereka bergolak setelah Syazan lakonan Azar Azmi disahkan mengandung. 

Raimie mahukan anak, Syazan pula sebaliknya. Dalam keadaan terpaksa, Syazan akhirnya berubah dan menerima takdir, Syazan melahirkan seorang anak lelaki. Namun, Raimie yang mementingkan diri sendiri bertindak untuk menceraikan Syazan dan memisahkan anak mereka daripada ibunya. 

Setelah beberapa tahun, Syazan dan Raimie bertemu kembali namun Raimie yang sebenarnya masih sayangkan Syazan meletakkan syarat untuk Syazan tidur bersamanya sekiranya Syazan ingin berjumpa semula dengan anaknya, Adam. Demi kasih kepada anaknya, Syazan turutkan. 

Watak Raimie dilihat sebagai seorang ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab dan egoistik kerana bertindak memisahkan ibu dari anaknya, malah Raimie juga bersikap tidak mahu mengalah dan berkeras dengan egonya biarpun masih sayangkan Syazan. 

Penyakit Cerebral Palsy yang dihidapi kanak-kanak

Drama Maaf Tak Indah turut mengetengahkan penyakit Cerebral Palsy, dalam drama ini watak Adam iaitu Anak kepada Raimie menghidapi penyakit Cerebral Palsy. Penyakit yang dihidapi oleh Adam mungkin disebabkan oleh  tindakan Syazan suatu ketika dahulu yang pernah cuba untuk mengugurkan kandungannya. 

Cerebral Palsi (CP) adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. CP terjadi pada 1-2 daripada 1,000 bayi, tetapi lebih 10 kali sering melibatkan bayi pramatang dan juga sering terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir.ni mungkin kerana kesan dari pengguguran yang tidak berjaya.

Gejala CP biasanya timbul sebelum anak berumur 2 tahun dan pada kes yang teruk, boleh dikesan pada seawal umur 3 bulan. Buat korang yang nak tahu lebih lanjut pasal isu ni, korang wajib tonton drama kat bawah ni :

Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/en/cerebral-palsi/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Nov 2020
Trending Sun, 6 Dec 2020
Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

Trending Fri, 8 Mar 2019

Total Startupper Challenge 2018 – 2019 Rewards Its Winners

The Total Startupper Challenge 2018 – 2019 recently just announced the winners of the challenge at an exclusive award ceremony.