Trending By: SGMS Enal May 16, 2018 @ 6:14pm

Gadis Ini Jual 100 Buah Mini Cooper Di WeChat Dalam Masa 5 Minit

Pernah tak korang terfikir nak beli kereta melalui aplikasi WeChat?  Pada 22 Julai tahun lalu, pecah rekod kempen e-dagang apabila 100 buah Mini Cooper Countryman terjual dalam masa 5 minit melalui WeChat!

100 buah Mini Cooper edisit terhad yang dijual itu bernilai hampir RM20 juta.  Ia dijual melalui akaun WeChat seorang fashion blogger terkenal, Becky Li.  Becky mula menceburi bidang fesyen pada tahun 2015 secara sepenuh masa dan tidak menyangka, kerjayanya kini melonjakkan namanya sehingga mempunyai lebih 3 juta pengikut di Weibo dan 4.5 juta pengikut di WeChat.

Sepanjang kerjayanya, Becky telah menerima banyak tawaran daripada barisan jenama mewah seperti Chanel, Dior, Burberry, Guccy dan Hermes.  Tak hairanlah dia menjadi salah seorang influencer paling mahal  dan berpengaruh di China.

Mini Cooper itu dijual dengan harga lebih kurang RM180,000 secara eksklusif melalui akaun WeChat milik Bekcy, Bekcy’s Fantasy.  Ini menunjukkan bahawa pengaruh Becky bukan calang-calang.  Dalam masa 5 minit sahaja, bayangkanlah.  Bukan RM10-20 punya harga ya, main ratus-ratus ribu ni.

Sumber: South China Morning Post

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Oct 2020
Featured Tue, 21 Sep 2021
Trending Mon, 19 Mar 2018

Tengok Apa Reaksi Camila Cabello Bila Berdepan Dengan ‘Paparazzi’. Kelakar Betul!

Haih, bukan senang nak jadi artis Barat yang popular tau. Memanglah seronok apabila dikenali di seluruh dunia.

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Trending Mon, 27 Jun 2022

“Sayunya Hati Tengok…” – Mira Filzah Beri Kesedaran Tentang Virus RSV

Mira Filzah berpesan lebih-lebih lagi kepada ibu bapa untuk menjaga kebersihan demi kesihatan bayi.

Trending Tue, 25 Feb 2020

[Eksklusif] PM Malaysia, Tun Mahathir Akhirnya Dedah 5 Rahsia Mengenai Dirinya Yang Ramai Tak Tahu

Dalam kehangatan isu politik yang tertumpu kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad ketika ini. Sebenarnya ada beberapa fakta dan rahsia menarik yang korang tak tahu mengenai personaliti negarawan yang  mencecah usia 95 tahun […]