Trending By: SGMS Faida May 16, 2018 @ 11:39am

GST Pada Kadar Sifar Bermula 1 Jun

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sebelum ini adalah pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar (0%) bermula 1 Jun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi peraturan tersebut dan masih perlu mengikuti beberapa peraturan seperti pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai dan tuntutan kredit cukai input.

Pengumuman itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan arahan supaya kutipan GST dihentikan.

Beliau turut menyatakan akan membayar balik cukai tersebut kepada rakyat yang membuat tuntutan.

“ Kami dapati, kerajaan (yang terdahulu) telah mengutip cukai lebih daripada jumlah yang perlu dibayar,” kata beliau ketika ditemui dalam satu sidang media di ibu negara.

Pemansuhan GST merupakan antara 10 janji Pakatan Harapan untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari kerajaan mentadbir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022

Tarikh Nikah Makin Hampir, Netizen Minta Shahir Zawawi Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?

Alamak, ni apa kes? Betul ke Shahir berhutang sampai 4 ribu? 🤯😣

Featured Mon, 5 Sep 2022

Kongsi Petikan Mengenai Curang, Netizen Dakwa Mizz Nina Beri ‘Hint’ Punca Cerai?

Fuhhh.. Deep betul petikan Mizz Nina kongsi pasal curang ni 🤯🥲 Apapun, semoga baik baik saja semuanya 🤲🏻

Featured Tue, 23 May 2023
familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!