Trending By: SGMS Enal November 23, 2019 @ 7:00pm

Iman, Badak Sumbu Sumatera Mati Hari Ini

Malaysia telah kehilangan badak sumbu sumatera terakhir berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya sejak Mac 2014.

Iman, badak sumbu Sumatera terakhir negara ini telah mati pada 5.35 petang tadi, lapor Jabatan Hidupan Liar Sabah seperti dipetik Bernama.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, pasukan perubatan yang diketuai Dr Zainal Zahari Zainuddin di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin berkata, masalah ketumbuhan di uterus haiwan berkenaan semakin memburuk sejak ia dikesan lima tahun lalu sehingga menyukarkan usaha untuk membuangnya.

“Masalah ketumbuhan pada uterus Iman didapati semakin membesar, sejak ia dikesan pada Mac 2014, manakala usaha untuk membuang ketumbuhan itu juga amat berisiko tinggi.

“Berat Iman juga menyusut kepada 476 kilogram kerana pemakanannya tidak normal dan terpaksa diberikan makanan tambahan, bagi menampung keperluan kesihatannya,” katanya pada sidang media di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu lalu.

Situasi Iman serupa dengan Puntung (Badak Sumbu Sumatera) yang terpaksa dimatikan selepas menghidap kanser yang membuatkannya menanggung kesakitan berpanjangan akibat percambahan sel kanser yang melarat, katanya.

Sebelum ini, Christina berkata kerajaan Sabah akan mengekstrak telur badak sumbu berkenaan (Iman) untuk disenyawakan dengan sperma badak sumbu sumatera di Indonesia melalui prosedur persenyawaan in vitro setelah melakukan proses perundangan dengan negara tersebut.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Dec 2022
Hiburan Thu, 17 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Eyra Hazali & Anak Buat Trend TikTok Raih Pujian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya bersama ibunya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Eyra di laman TikToknya ketika mereka berdua sedang […]

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Macam Budak Sekolah Menengah! Hael Husaini Dipuji Nampak Makin Muda

Makin tua makin nampak muda pulak dia! Kongsi la petua sikit, Hael😃😀

Featured Thu, 21 Mar 2024
Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Trending Mon, 21 Dec 2020
Trending Thu, 21 Feb 2019
Trending Sun, 27 Jun 2021
Trending Thu, 27 Oct 2022

Dakwaan Abai Anak… Cliff Umar Kunci Mulut, Tak Mahu Aibkan Sesiapa

Penyanyi Cliff Umar mengunci mulut berkenaan spekulasi yang diperkatakan netizen berkaitan dakwaan bekas isteri yang mengatakan dia mengabaikan anak. Baru-baru ini, tular dakwaan yang dibuat oleh bekas isteriya berkaitan isu nafkah anak-anak yang diabaikan setelah […]