Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Duit RM 128,300 Lesap
By: SGMS Faida
14 Jun 2018, 05:25 AM

Lagi kes sindiket penipuan internet atau ‘love scam’! Kali ini, kes melibatkan seorang kerani yang berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa tinggal di Amerika Syarikat.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Lee Yun Micheal itu pada mulanya menawarkan pelbagai hadiah bernilai dan wang tunai kepada wanita ini.

Dek kerana teruja dengan tawaran berkenaan, akhirnya mangsa diperangkap sehingga kerugian RM 128,300.

Kejadian yang berlaku di Kuala Lipis, Pahang itu bermula apabila suspek mengaku ingin memberikan mangsa berusia 20 tahun itu hadiah berupa baju, basut, beg tangan, emas putih, minyak wangi, telefon bimbit, gelang tangan, jam tangan, barang kemas dan mata wang asing bernilai USD28,000, sebagai tanda perkenalan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof mengesahkan tentang kejadian bermula pada 6 April lalu.

"Pada hari yang sama, mangsa membuat pemindahan secara atas talian ke dalam akaun bank yang diberikan suspek," kata Mohd Wazir dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selepas itu, katanya, suspek menghubungi mangsa lagi dan memintanya membuat pelbagai bayaran termasuk untuk mendapatkan sijil mata wang luar negara, kos penghantaran dan bayaran pengangkutan.

"Untuk tujuan itu, bermula pada 11 Mei sehingga 1 Jun lalu, mangsa membuat sebanyak 10 kali transaksi ke tiga akaun berbeza yang diberikan oleh suspek, menjadikan jumlah keseluruhan RM128,300," katanya.

Bagaimanapun, kata Mohd Wazir, selepas memasukkan wang berkenaan, mangsa baharu menyedari dirinya sudah ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis pada Rabu.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menawarkan hadiah pelbagai jenis barang daripada luar negara sebagai tanda perkenalan sebelum menyamar sebagai agen kastam dan meminta pelbagai bayaran daripada mangsa," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Desakan Kemiskinan, Makin Ramai Bayi Perempuan Dibunuh!

Bergaduh ‘Rebut’ Isteri Orang, Lelaki Maut Ditetak!

5 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Wajib Untuk Gambar OOTD Anda!

Gara-gara Backup Neelofa, Elfira Loy Gaduh Dengan Peminat?

Kenapa Neelofa Dilabel Artis Kampung?

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta