Trending By: SGMS Faida August 22, 2018 @ 4:03pm

Jangan Risau, Susu Tercemar Tidak Dijual Di Sini!

Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa susu rumusan bayi jenama Dumex Mamil Gold-Step 1 buatan Malaysia yang dilaporkan ditarik balik dari pasaran Singapura tidak dijual dalam pasaran Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk susu formula bayi berkenaan dihasilkan hanya untuk pasaran eksport di Singapura.

Katanya Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai isu penarikan balik susu rumusan itu, yang berdasarkan laporan Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) Singapura bahawa susu itu tercemar dengan bakteria Cronobacter sakazakii.

“Produk susu rumusan bayi yang terlibat mempunyai berat bersih 850g setiap tin, nombor batch 09117R1 dan tarikh luput pada 11 Sept 2019.

“Bakteria Cronobacter sakazakiiterdapat secara meluas di persekitaran yang boleh hidup dalam keadaan kering seperti susu formula bayi biarpun jangkitan Cronobacter jarang berlaku namun menyebabkan meningitis atau sepsis yang boleh membawa maut kepada bayi baru lahir,” katanya.

Simptom yang terdapat pada bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan akan terus meningkatkan pemantauan ke atas produk susu rumusan bayi di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Hasil pemantauan kementerian itu dari 2015 sehingga kini, sebanyak 129 sampel telah diambil dan didapati tiada bakteria Cronobacter sakazakii dikesan dalam produk susu rumusan bayi.

“Di bawah subseksyen 13(1) Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan,” katanya.

Sebarang kemusykilan orang ramai berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/22/susu-tercemar/#l7LkKJkw51QeHfIT.99

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Aug 2022

“Paru-Paru Ada Tar, Dah Rosak” – Alif Satar Dedah Pesakit COVID-19 Merokok Terima Rawatan Berbeza

Alif Satar mendedahkan pesakit COVID-19 yang merokok dirawat dengan cara berbeza.

Featured Fri, 9 Dec 2022

Single ‘Hari Baru’ Pasya Jadi OST Kampung People 3

Penyanyi Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Ashraf Fauzi kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Hari Baru. Lebih menarik lagi, lagu itu telah menjadi runut bunyi bagi drama Kampung People 3 yang disiarkan di slot Lestary […]

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Hiburan Sat, 11 Sep 2021

ABPBH 34 Kembali, Angkat Tema #KitaBersama

Anugerah pilihan peminat terunggul di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan tahun ini dengan menerap budaya norma baharu dan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), membawa tema […]

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Kalau tak mampu berkata yang baik baik, diam lagi bagus kan 😌 Hm sian Kak Ninie 💓🤗

Trending Fri, 2 Nov 2018

你相信你的眼睛吗?能看见超过四个黑点是超人!

我们常说耳朵听到的不一定是真实的,但是一定要相信自己的亲眼所见,你自己的眼睛不会欺骗你。但事实真的如此吗?