Trending By: SGMS Faida May 26, 2018 @ 10:56am

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Jenazah Nur Alya Damia Hairi, 19, penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang maut dipercayai akibat dibunuh malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, di sini, jam 6.50 petang ini.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Idaman, di sini, selepas selesai proses bedah siasat di Bilik Mayat Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah Allahyarham yang dipenuhi jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakannya sebaik saja van jenazah tiba pada jam 4.50 petang.

Allahyarham Nur Alya kemudian disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Difahamkan, Nur Alya sepatutnya pulang ke kediaman keluarganya pada hari ini selepas tamat kuliah di KVPD.

Portal berita NSTP hari ini melaporkan, penuntut tahun akhir Diploma Rangkaian Komputer KVPD itu ditemui mati dengan kesan jerutan di leher dipercayai dibunuh di dalam kereta oleh bekas kekasihnya sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata, Port Dickson, jam 10.30 malam tadi.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, Lukut, Negeri Sembilan, bagi membantu siasatan.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Dec 2022
Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Trending Thu, 6 May 2021

Status Gagal Kredit, Pemohon Bantuan GKP Diminta Kemaskini Akaun Bank Jika…

Siapa yang ada masalah duit tak masuk-masuk tu bolehlah semak ye!

Trending Tue, 18 Aug 2020

Sukuk Prihatin : Bantuan RM500 Juta Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Krisis

Semoga bantuan ini dapat membantu golongan yang terjejas

Drama Thu, 14 Dec 2023
Featured Thu, 13 Apr 2023

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali – Syada Amzah