Trending By: SGMS Faida June 18, 2018 @ 4:01am

Kejam! Alami Halusinasi Sampai Kelar Anak Sendiri

Aduhai…Selepas dipercayai mengalami halusinasi, si ibu tergamak bertindak kejam dengan mengelar leher anaknya sehingga maut. 

Si bapa yang ternampak perbuatan si isterinya itu sempat menolak suspek namun ajal si kecil itu berakhir ketika sampai di Hospital Jengka, Pahang.

Difahamkan, kejadian ini berlaku melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang mana lehernya dikelar di FELDA Jengka, dekat Maran, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata suspek dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak mengelar leher anak lelakinya itu.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental.

Kami dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 malam tadi oleh kakitangan Hospital Jengka, yang menghubungi Balai Polis Bandar Pusat Jengka.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota kami, dibantu Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu rumah keluarga terbabit bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan awal,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, sebentar tadi.

Othman berkata, suspek yang juga ibu mangsa berusia 31 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian disebabkan kesan kelar pada bahagian leher.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Trending Tue, 16 Mar 2021
Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Fri, 6 Sep 2019

So What’s Gonna Happen to f(x) Now?

One by one, the Queens are leaving. So what should we expect from members of f(x) now?

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Trending Tue, 30 Oct 2018

「3.5米巨型Hello Kitty」Our Sanrio Times展览齐集吉隆坡

Sanrio由1960年成立至今,已推出过超过400个成员!家传户晓的Sanrio家族成员,又岂止可爱的Hello Kitty一个,其余300多个成员,你又对他们的认知有几多?