Trending By: SGMS Enal September 29, 2019 @ 7:43pm

Kerana Buli Menang Tuntutan RM616,634.20

Kerana dibuli empat tahun lalu pihak menyebelahinya dimana menang tuntutan sebanyak RM616,634.20. 

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan kepada seorang bekas pelajar sekolah yang menjadi mangsa buli. 

Tuntutan difailkan oleh plaintif sewaktu berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017. 

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam), bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh), Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan itu.

 
 Zainal Azman berkata, kejadian buli pada 26 April 2015 membabitkan plaintif yang ketika itu berusia 14 tahun menampakkan kecuaian pihak sekolah dan seperti dirancang kerana ia berlaku di bilik asrama ketua pengawas.

“Pihak sekolah dilihat begitu cuai kerana tidak membuat kawalan sedangkan kejadian berlaku di dalam bilik asrama ketua pengawas, bukannya di tepi longkang atau di kaki lima.

“Jadual warden bertugas sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalankan tugas diamanahkan. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja.

“Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamatan pelajarnya,” katanya.

Plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof dari W A Wan Adnan & Assoc.

Mangsa yang ketika itu pelajar Tingkatan Dua hilang pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinga pecah akibat dipukul, ditendang dan ditampar menyebabkannya tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup, selain mengalami beberapa kecederaan lain kesan dari kejadian buli itu. 

Malah, plaintif yang juga pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma sehingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015.

Sementara itu, ibu plaintif, Rusaila Abdullah, 43, yang hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan hari ini bersyukur kerana keputusan memihak kepada anak lelakinya.

“Alhamdulillah bersyukur semuanya sudah selesai. Apa yang kami lakukan ini (tuntutan) bukan untuk wang, tetapi demi pembelaan anak kami yang masih trauma sehingga hari ini dan hilang pendengaran akibat dibuli,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Oct 2018

IKEA庆祝75周年缔造更美好的日常家居

IKEA配合庆祝成立75周年纪念,推出了GRATULERA系列,把三个不同时期最受欢迎的产品重新介绍给大众。

Featured Mon, 8 Aug 2022

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Betul kata BCL. Moga ia jadi pelajaran dan pengalaman dalam kehidupan☹

Acara Fri, 21 Oct 2022
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Mon, 20 Feb 2023
Events Sat, 26 Nov 2022

Marsha Milan Sebak Teringat Nad Zainal, Terkenang Rakan Di Pentas SFMM37

Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru, baru-baru ini. Menurut Marsha, ketika menyanyikan lagu Kembali Terang […]

Trending Mon, 16 Mar 2020