Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bersama Putera Mahkota Mohammed Salman melancarkan ‘kota hiburan’ yang bertujuan untuk meningkatkan sumber ekonomi.

‘Kota hiburan’ berkeluasan 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh itu diibaratkan Disneyland yang turut bertujuan menambah baik hubungan sosial antara penduduk, lapor Reuters.

Antara bentuk hiburan yang terdapat di situ terdiri daripada Taman Tema Six Flags, litar permotoran, karnival kebudayaan, taman tema air, dan kompleks penginapan.

Menurut sumber, ‘kota hiburan’ itu bakal menyaksikan 1.5 juta pengunjung ketika pembukaan rasmi fasa pertama pada 2022.

Media tempatan melaporkan bahawa perbelanjaan infrastruktur kota hiburan ini mencecah AS$8 bilion (RM31.36 bilion).

Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi pada bulan ini telah meluluskan tayangan filem pertama kepada orang awam selepas 35 tahun menyekat operasi panggung wayang.