Trending By: SGMS Faida May 24, 2018 @ 9:04am

Krisis Politik Perlis, UMNO Perlis Rayu Tun M Masuk Campur?

Krisis politik Perlis nampaknya meruncing apabila Datuk Seri Azlan Man yang baru dilantik oleh Raja Perlis sebagai Menteri Besar pagi tadi dipecat serta-merta daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi BN Perlis yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemecatan itu dibuat berikutan Azlan tidak mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang lain. 

“Azlan tidak ikut keputusan BN, maka kami di peringkat negeri sudah sahkan bahawa dia dipecat.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk buat pemecatan di peringkat pusat kepada mana-mana pihak yang berunding dengan pihak lain tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha BN Perlis yang baharu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan sembilan ADUN BN yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 di negeri tersebut.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menganggap pelantikan Azlan itu sebagai tidak adil kerana pelantikannya bukanlah melalui sokongan majoriti.

Menurutnya, pemilihan Menteri Besar wajar dibuat mengikut sokongan majoriti walaupun terdapat klausa yang membenarkan raja melantik orang lain dalam situasi majoriti tergantung.

“Kami menghormati institusi beraja sejak dulu hingga sekarang tetapi kami berhak tentukan siapa pemimpin kami.

“Seminggu sebelum raya nanti, semua sembilan Adun BN ini akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk lantikan Menteri Besar yang dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan turut meminta Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk memberikan pandangan dari segi undang-undang berhubung lantikan Azlan sebagai Menteri Besar.

“Saya minta Sultan Nazrin sebagai pakar undang-undang untuk memberi pendapat tentang perkara ini kerana baginda juga pernah bagi pandangan tentang pelantikan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. 

“Saya juga merayu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk campur tangan supaya pemilihan Menteri Besar mestilah daripada individu yang dapat sokongan majoriti dan bukan dipilih oleh raja atau gabenor,” katanya.

Azlan, 60, ADUN Bintong, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua dihadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Balai Menghadap, Istana Arau pagi tadi.

Majlis mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan Menteri Besar itu bagaimanapun tidak dihadiri sembilan ADUN BN negeri.

Hanya dua ADUN Pas dan tiga ADUN Pakatan Harapan yang hadir pada majlis itu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 26 Jun 2021

J2: J Retribusi Tembusi Pasaran Brunei

J2: J Retribusi kini tembusi Brunei! Sejarah buat filem aksi pertama Malaysia tahun ini apabila berjaya menembusi pasaran Brunei. Filem yang telah ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar ini akan menemui peminat di pawagam Brunei […]

Hiburan Sun, 17 Dec 2023

“Bercakap Tak Guna Otak!” – Selar Bangsa Melayu Dengan Sifat Keji, Netizen Kecam Zul Yahya

Alamak! Rata-rata netizen tak bersetuju dengan kenyataan abang Zul Yahya 🫣😱

Trending Thu, 26 Jul 2018

Semua Lembaga Pengarah Khazanah Tawar Letak Jawatan

Khazanah Nasional, dalam satu kenyataan, memaklumkan tawaran itu dibuat bagi membantu memudahkan peralihan yang teratur di bawah kerajaan baharu di bawah Pakatan Rakyat.

Trending Wed, 20 Jun 2018

这只狗狗每次都会「自己搭公车到公园玩」

在美国西雅图竟然有一只会自己搭公车的狗狗!

Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Featured Tue, 13 Mar 2018

Selamatkan Budak Perempuan Tersepit, Air Mata Fazura Buat Netizen Cair

Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu.

Kisah Viral Fri, 1 Mar 2024