Trending By: SGMS Faida April 11, 2019 @ 12:36pm

‘ Masa Kena Tu Sakit…Sakit Sangat’- Wartawan Aduan Rakyat Kongsi Pengalaman Disondol Lembu

Gara-gara disondol lembu ketika membuat liputan, wartawan TV3 Juliana Sharin menjadi topik bualan netizen di media sosial.

Kata Juliana, dia sedikit terkejut ketika disondol haiwan berkenaan namun mujur tidak mengalami kecederaan.

“ Ooo macam ni rasanya di viral kan. Seronok ya dapat perhatian dan jadi buah mulut netizen… Nak gelak gelak lah tak apa sebab saya sendiri gelakan diri sendiri bila tengok balik video tu.

“ Masa kena tu sakit, sakit sangat, yang aww pertama suara jantan tu sebab terkejut… Aww yang seterusnya baru rasa sakit. Rasa macam sengal sengal tu tapi tak bengkak…. Korang terhibur tengok saya, saya pulak terhibur baca komen komen korang,” tulisnya di Instagram.

Dalam masa sama, wartawan Aduan Rakyat ini juga menafikan sengaja membuat gimik ini untuk menarik perhatian ramai.

“ Bukan tak ada rakaman lain yang okay tapi sengaja nak pakai yang disondol itu bukan sebab nak viral tapi nak dijadikan pengajaran… Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja jadi berhati-hati ya,” sambungnya.

Tambahnya, video itu juga mempunyai sambungan di episod seterusnya. Jika ada sebarang aduan yang mahu dibuat, korang ada aduan boleh email ke [email protected] sertakan sekali nombor telefon untuk dihubungi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Fri, 14 Apr 2023

[VIDEO] Iklan Raya Wajib Tonton, Imbas Kenangan Silam Takbir Rumah Ke Rumah

Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai kisah raya yang menarik di kaca TV mahupun di platform-platform online. Kadang-kadang tu, ada video raya yang cliché giler jalan ceritanya. Mahukan sesuatu yang berbeza, Perodua mempersembahkan sebuah filem pendek ‘Rumah Finale’ yang mengetengahkan […]

Hiburan Thu, 29 Sep 2022

Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Bestnyaaa 🥰 Sweet betul lah pasangan suami isteri ni! 😍

Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]

Trending Mon, 1 Jun 2020