Isu politik di Malaysia dikejutkan dengan penyebaran video intim melibatkan Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Haziq Aziz, setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin pada minggu lalu. 

Pelbagai teori muncul mengenai isu video tersebut. Terbaru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengulas komen beliau apabila ditanya mengenai isu penyebaran video intim tersebut. 

“Perkara ini dilakukan oleh orang yang mempunyai agenda tersendiri dalam politik. Saya tidak percaya sama sekali mengenai penyebaran video tu. Zaman sekarang ni orang makin pandai, macam-macam gambar atau video palsu tersebar. Mungkin nanti muncul gambar saya seperti dalam video Azmin, saya rasa perkara ni tentu sekali menghiburkan”, seloroh Tun M ketika ditanya pihak media mengenai isu kontroversi ini. 

Malah, Tun M sendiri berjenaka dengan seorang wartawan dan bertanya sekiranya wartawan itu mempercayai ketulenan video tersebut sebelum berseloroh ” awak percaya ke? takkanlah bodoh sampai macam tu”. Memang win la dengar jawapan Tun ni. 

Tun M juga sempat  memberi pendapat beliau mengenai taktik kotor politik yang dilihat semakin tersebar luas, malah Tun M sempat memberi komen mengenai dalang disebalik video tersebut. “Sekiranya anda tidak menang dalam bertanding, janganlah melakukan perkara seperti ini”. 

Seorang pemilik Twitter dikenali dengan nama Ramona Rahman telah memuat naik video tersebut dan rata-rata netizen terhibur dengan jawapan Tun M. 

Korang rasa video tu betul ke tak? Hmm…