Trending By: SGMS Faida December 16, 2018 @ 6:18pm

OMG! Pelajar 15 Tahun Ceroboh Rumah Kekasih Untuk Seks

Seorang remaja berusia 15 tahun bertindak masuk ke rumah kekasihnya berusia 14 tahun ketika ahli keluarga perempuan itu sedang tidur.

Hal ini disedari kakak kepada remaja perempuan itu selepas mendengar bisikan pelik dari bilik adiknya sebelum memaklumkan kepada ahli keluarga lain.

Difahamkan, kejadian terkutuk itu berlaku di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusuf mengesahkan kejadian berkata ibu mangsa yang kemudian melakukan pemeriksaan, terkejut melihat anak gadisnya berdua-duaan di dalam bilik bersama suspek yang turut dikenali keluarga berkenaan.

Ekoran kejadian itu ibu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kupang.

Suspek yang ditahan mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa dan suspek juga mengenali mangsa sudah dua tahun lepas.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Feb 2024
Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Wed, 17 Apr 2024
#tilljannah Wed, 28 Dec 2022

Lawaknya Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Masuk Air’ Menari Dangdut!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang berada di sebuah restoran. Menerusi hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna @norzana1980 itu menunjukkan Aprena Manrose, sepupu […]

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Sat, 20 Nov 2021
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh. Adakah Nilai Kemanusiaan Sudah Hilang?

Mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.