Trending By: SGMS Enal November 24, 2019 @ 8:57pm

Pelajar Malaysia Derita Penyakit Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

Seorang pelajar Malaysia di luar negara telah dilaporkan meninggal dunia akibat menderita penyakit leukemia semalam pada 3.50 petang waktu Maghribi (10.50 malam waktu Malaysia).

Mohd. Hafizuddin Hazrul, 20, yang merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang menerima rawatan di Hospital Cheikh Zayd, Rabat, Maghribi.

Beliau yang merupakan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) sesi 2017 telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Mohammed V di sini.

Khabar duka tersebut telah dikongsikan oleh pihak sekolah berkenaan semalam di laman Facebook mereka.

إنا لله وإنا إليه راجعون.

Dukacita dimaklumkan, Mohd Hafizuddin Hazrul (STAM 2017), pelajar Malaysia di Maghribi telah meninggal dunia sebentar tadi.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله و أغسله بالماء والثلج والبرد وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر و فتنته و من عذاب النار

Lantaran itu, kiriman berkenaan dibanjiri komen warga maya yang mengucapkan takziah buat keluarga dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham Mohd Hafizuddin.

Kematian yang mulia apabila dijemput dalam keadaan menuntut ilmu

Hal ini turut dijelaskan dalam Al-Kafi #1359 yang membicarakan ciri-ciri kematian yang baik (husnul khatimah) di mana salah satunya adalah mati di jalan Allah.

Semoga roh Allahyarham Mohd Hafizuddin Hazrul ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta dijauhkan daripada seksa kubur. Takziah buat keluarga beliau. Semoga keluarga Allahyarham beroleh kekuatan menghadapi ujian kehilangan ini.

Sumber: Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 Jan 2021
Trending Fri, 2 Oct 2020
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Featured Tue, 31 Jan 2023
Trending Sat, 13 Jul 2019

Sanggup Menyorok 3 Jam Atas Bumbung Kerana Takut Berkhatan

“Cuma 10 minit diperlukan untuk berkhatan, tetapi menunggunya, tiga jam.”

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Fuhhhh bahasa dia 🥵🥵 Dengar cerita IG & Twitter Kakak Ira Kazar dah ‘hilang’?? 🤪🤭