Trending By: SGMS Enal September 24, 2019 @ 11:52am

Pertandingan Cari Kentut Paling Merdu

Kentut yang selalunya menghasilkan bau busuk pastinya akan mendatangkan perasaan yang memalukan pada seseorang itu. Ramai orang memilih untuk kentut secara diam-diam bahkan ada yang lebih rela menahan kentut ketika berada di hadapan orang ramai.

Namun, lain pula ceritanya apabila anda menyertai pertandingan kentut di India ini. Pertandingan ini diadakan bagi mengubah persepsi masyarakat bahawa kentut itu adalah suatu perkara yang memalukan. Pertandingan kentut itu terbahagi kepada 3 kategori iaitu kentut paling lama, kentut paling kuat dan kentut paling merdu.

Pertandingan yang dikenali sebagai What The Fart (WTF) bakal berlangsung di bandar Surat, Gujarat pada 22 September ini. Pertandingan tersebut berasal daripada idea seorang penyanyi berusia 48 tahun ini yang bernama Yatin Sangoi serta rakannya Mul Sanghvi.

“Saya terkentut semasa sedang menonton filem bersama keluarga saya dan salah seorang daripada mereka tertawa, lalu menyatakan bahawa jika ada pertandingan kentut, pasti saya akan memenanginya,” kata Sangoi kepada VICE.

Pada ketika itulah, tercetusnya idea pada Sangoi untuk merealisasikan pertandingan kentut tersebut. Melalui pertandingan itu, Sangoi berharap agar perbuatan kentut tidak lagi menjadi suatu perkara yang memalukan. Kentut merupakan salah satu proses semulajadi tubuh untuk mengeluarkan gas. Doktor juga turut mengesahkan bahawa kentut adalah salah satu fungsi yang sihat pada tubuh badan manusia.

“Saya ingin menormalkan proses kentut. Bahkan 20-25 tahun yang lalu, perbuatan kentut secara terbuka adalah suatu perkara biasa. Tetapi kini ramai orang yang menganggapnya suatu perbuatan yang kotor serta tidak sopan, malahan perbuatan tersebut sering dianggap suatu perbuatan yang memalukan terutamanya apabila perbuatan tersebut dilakukan di hadapan orang ramai,” ujar Sangoi.

Pertandingan kentut ini telah berjaya meraih perhatian daripada kebanyakannya penduduk dari India. Difahamkan, kira-kira 40 orang peserta sudah mendaftar untuk menyertai pertandingan What The Fart ini. Rata-ratanya datang dari seluruh bandar-bandar yang jauh antaranya Jaipur, Hyderabad dan Mumbai.

Sangoi turut memberi tips kepada peserta yang bakal menyertai pertandingan itu supaya banyakkan pengambilan makanan seperti kekacang, lobak merak serta kentang rebus untuk menjana “tenaga” kentut yang banyak.

Pemenang pertandingan itu bakal membawa pulang sebuah piala serta wang yang berjumlah 5-15 ribu rupee.

Sumber: CNN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 8 Feb 2022

Alami 9 Keriangan & Pengalaman Menakjubkan Di SkyWorlds Genting Highlands!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keriangan di SkyWorld of Genting!

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Thu, 28 Dec 2023

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Semoga Bella ditemui dalam keadaan selamat🤲🏻

Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Sat, 21 Aug 2021
Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Aman Graseka Enggan Berlakon Akibat Dihalang Isteri?

Semoga segala urusan Aman dipermudahkan🤲🏻

Featured Fri, 12 May 2023