Trending By: SGMS Faida April 14, 2018 @ 11:15am

Pesawat Terbesar Di Dunia Mendarat Di KLIA

Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.10 pagi ini dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia setelah melalui kerja menaik taraf lebih setahun lepas.

Pesawat kargo gergasi Ukraine itu sebenarnya sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat sebanyak dua kali di sini iaitu pada tahun 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Dmytrov, yang berpengalaman menerbangkan pesawat kargo selama 16 tahun berkata, pesawat bersama 24 anak kapal itu akan berada di sini selama tiga hari sebelum terbang semula ke Arab Saudi.

“Pesawat ini direhatkan di Kiev selama lebih setahun (bagi tujuan menaik taraf) dan kami terbang semula untuk kali pertama pada 3 April. Ini kali kedua saya menerbangkan pesawat  ini ke Malaysia,” katanya kepada salah sebuah portal tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Apr 2023

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali – Syada Amzah

Featured Thu, 28 Jul 2022

Filem Jerangkung Dalam Almari Tumpang Populariti Adi Putra?

Wah,,,, sejauh mana pula penangan filem ni? Tunggu okay!

Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Featured Sat, 28 Aug 2021
Trending Mon, 1 Jan 2018

你的年薪多少?澳洲「举牌工」年薪约40万令吉

还记得吗?小时候我们上学的时候,总是会有一位高举“Stop”的男人或女人,让学生安全过马路。而在澳洲悉尼的30岁多塞特(Amy Dowsett)就从事其工作,每天在马路上举牌,一年的年薪竟可高达13万澳元(约40万令吉)。

Hiburan Sun, 30 Apr 2023