Trending By: SGMS Enal September 22, 2019 @ 1:39pm

Pesawat Tiba-Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30,000 Kaki

Hanya lebih kurang 35 minit selepas berlepas, sebuah pesawat milik Delta Airlines dalam perjalanan dari Atlanta ke Fort Lauderdale terpaksa melakukan pendaratan cemas di Tampa, Florida pada Rabu lalu.

Pesawat tersebut telah menyebabkan para penumpang cemas apabila menjunam secara mendadak dari ketinggian 30,000 kaki dalam tempoh 7 minit.

“Secara tiba-tiba topeng oksigen jatuh dan anda terdengar bunyi bising, saya fikir ia adalah bunyi enjin kerana juruterbang sedang melakukan penjunaman ke bawah,” kata Brandon Tomlinson yang bersama dengan isteri dan anaknya yang berusia 1 tahun.

“Ia seakan-akan roller coaster ketika kami menjunam,” tambahnya.

“Tuhan rahmati kapten dan kru. Dalam penerbangan cemas dari Atlanta ke Fort Lauderdale. Topeng oksigen tiba-tiba dijatuhkan dan kami menjunam secara mendadak serta beralih arah ke Tampa.

“Saya tinggalkan pesanan kepada isteri dan ayah menyatakan saya sayang mereka. Beritahu ibu saya sayangkan dia dan peluk anak saya,” kata Brutus Osceola.

Menurut BuzzFeed News, jurucakap Delta Airlines, Anthony Black berkata juruterbang cuba memulakan penurunan secara terkawal selepas mendapat amaran terdapat isu dengan nyahtekanan pesawat.

“Sebagai langkah keselamatan, kru mengambil keputusan untuk menurunkan pesawat dari ketinggian 39,000 kepada 10,000 kaki,” kata Anthony.

“Matlamatnya adalah untuk mencapai altitud di mana penumpang tidak perlu memakai topeng di dalam pesawt serta mengurangkan isu nyahtekanan.

Katanya, isu nyahtekanan pesawat ketika penerbangan sangat jarang berlaku, tetapi juruterbang telah dilatih bagi menghadapi situasi tersebut.

Dalam pada itu, penumpang turut memuji kru kabin pesawat berkenaan yang bijak mengawal situasi.

“Hal ini tidak pernah berlaku sbeelum ini tetapi kru penerbangan 2353 dari ATL ke FLL sangat hebat dalam menenangkan penumpang,” kata Tiffany O. Sawyer, salah seorang penumpang penerbangan.

Sumber: BuzzFeed News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Mar 2018

Gaya Hijab Seakan Nampak Rambut Joyrevfa Curi Perhatian

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa menjadi perhatian netizen apabila penampilannya yang dikatakan agak pelik ketika menghadiri majlis Mood Republik Award & Gala Night 2018. Joy telah memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis tersebut dengan penggayaan tudung yang dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya. Ramai netizen mempersoalkan aksesori skarfnya dan merasakan bahawa ia boleh menimbulkan fitnah kerana ia seakan-akan balutan rambut yang real.

Trending Tue, 2 Jun 2020
Featured Thu, 12 Jan 2023

Amir Masdi Pertaruh ‘Sengaja’ Hasil Ciptaan Hang Nadim & Bunga Cantik

Fuh kolaborasi mantap Amir Masdi bersama komposer hebat

Trending Thu, 24 May 2018

Kritik Atas Talian, Trump Tidak Boleh Sekat Pengguna Twitter!

Menyekat akses ke akaun @realDonaldTrump milik presiden tersebut dianggap melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.