Trending By: Salma Syahbuddin May 24, 2018 @ 8:09am

Raja Perlis Murka

“Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa. Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir .. sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.” Titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang murka dengan sembilan wakil rakyat BN apabila tidak hadir dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis, hari ini.

Menurut Baginda, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu. 

“Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang… ini berdasarkan laporan yang saya terima,” titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, di sini pagi tadi.

Raja perlis bertitah, sehingga malam tadi baginda masih memikirkan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar susulan terdapat dua nama yang difikirkan baginda.

“Seorang lagi calon pula mempunyai hubung kait dengan Pengerusi Perhubungan UMNO (Perlis) apabila saya berjumpa semua wakil rakyat BN, mereka ini lebih patuh (kepada kepimpinan UMNO) yang di negeri daripada (kepimpinan) yang di pusat.

“Ia seperti ada grip (pegangan) lain… saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim … Saya takut pilih Menteri Besar yang ‘puppet’ (boneka), titah baginda.

Raja Perlis bertitah, baginda tidak mahu individu yang dilantik Meneteri Besar kemudian dikawal pihak lain. 

“Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah Menteri Besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada didalam kabinet … tidak boleh keluar rahsia langsun.

“Tetapi kalaulah adik jadi Menteri Besar tentu dia akan beritahu kepada abang… saya tidak mahu… saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar. 

“Kalau Shahidan  (Datuk Seri Shahidan Kassim) nak patutnya dia bertanding di DUN tetapi dia bertanding di Parlimen… ini yang jadi masalah … saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar,” titah baginda.

Baginda bertitah, pada mulanya baginda hanya menaruh syak wasangka, namun apa yang berlaku hari ini 100 peratus benar.

“Sembilan wakil rakyat BN tidak hadir kerana dikawal seseorang… tarik semua ke Kuala Lumpur dan tidak hadir majlis ini.

“Ini yang saya bimbang dari awal dan hari ini syak wasangka saya betul … ini hanya perkara kecil, kalau dibiarkan… lebih daripada ini boleh berlaku.

“Silap pilih Menteri Besar, cuma satu kumpulan sahaja yang memperolehi faedahnya.” Katanya 

 

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jun 2020

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Kini Pengguna Boleh Tuntut Kepada TTPM

Berita baik buat semua yang mengalami masalah bil api melambung tinggi

Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Sun, 19 Dec 2021

“Ni Betul-Betul Penghibur Legenda” – Gelagat Zaiton Sameon Nyanyi Di Tengah Banjir Hiburkan Netizen

Sebuah video menampilkan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang sedang menyanyi di atas sebuah rakit ketika banjir tular di aplikasi TikTok. Video Zaiton menyanyikan lagu popularnya berjudul Kabut Serangkai Mawar ketika duduk di atas rakit buatan […]