Raya Ini, Sediakan Payung Sebelum Hujan!
By: SGMS Faida
13 Jun 2018, 09:09 AM

Hujan diramal turun di satu dua tempat di pantai barat Semenanjung manakala cuaca baik di tempat-tempat lain pada pagi Hari Raya Aidilfitri yang diraikan akhir minggu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan turut diramal turun di beberapa tempat  pada sebelah petang dan malam 15 dan 16 Jun ini. 

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

Cuaca di tempat-tempat lain dijangka baik.

Kenyataan itu menyebut, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta beberapa bahagian di Bintulu, Kapit dan Miri di Sarawak dan bahagian Sandakan dan Kudat di Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah malam.

Sumber: NSTP



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Ezuan Ismail Tepis Dakwaan Tiru Rekaan Luar!

Nora Danish Menangis Kerana Bayinya Dikecam Netizen?

Penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Di Temui Maut

Melania Trump Masuk Hospital

Cantiknya Kekasih Baru Ismail Izzani!

Jalani Pembedahan Buang 468 Batu Karang Daripada Hempedunya

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta