Trending By: SGMS Faida April 18, 2018 @ 9:28am

Satu Maut, Enjin pesawat Southwest Airlines Meletup

Cemas! Ini merupakan tragedi pertama membabitkan penerbangan komersial Amerika Syarikat (AS) selama hampir sedekad selepas enjin pesawat Southwest Airlines dari New York ke Dallas meletup!

Dalam kejadian itu, seorang penumpang dilaporkan maut dan memaksa pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas.

Pesawat Boeing 737-700 berlepas tanpa sebarang insiden namun beberapa minit selepas itu penumpang mendengar letupan pada enjin kiri, menyebabkan serpihannya berterbangan menembusi tingkap dan topeng oksigen terkeluar.

“Kami percaya ada serpihan berterbangan dari enjin. Insiden menyebabkan seorang maut,” kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Robert Sumwalt, pada sidang media, mengesahkan kegagalan enjin namun tidak berlaku kebakaran.

Media AS melaporkan, tujuh penumpang cedera ringan dalam insiden itu dan identiti mangsa yang maut bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut Southwest Airlines, penerbangan 1380 dari lapangan terbang domestik New York di La Guardia ke Love Field, Dallas itu membawa 144 penumpang dan lima kru.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia pada jam 11.20 pagi waktu tempatan selepas kru melaporkan kerosakan satu daripada enjin dan pada badan pesawat serta sekurang-kurangnya satu tingkap.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah,” menurut Marty Martinez dalam siaran langsung Facebook, menunjukkannya dalam keadaan panik dan bernafas menggunakan topeng oksigen.

Sumber: AFP

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Trending Thu, 5 Aug 2021
Cahaya Mata Wed, 3 Aug 2022

“Saya Inginkan Anak Lelaki Lagi” – Adira ‘Tutup Kilang’ Selepas Cahaya Mata Keempat

Kalau tambah lagi masa akan datang pun apa salahnya kan? Semoga urusan melahirkan anak keempat Adira dipermudahkan.

Trending Sun, 1 Aug 2021

“Rasa Rugi Kalau Saya Tolak” – Ernie Zakri Teruja Berduet Dengan Hafiz Suip

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan peluang untuk berpadu vokal dengan penyanyi Hafiz Suip adalah satu penanda aras baru dalam karier seninya. Pada awalnya, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, risau untuk berduet dengan […]

Featured Thu, 11 Nov 2021
Kes Mahkamah Fri, 15 Dec 2023

Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

Hakim mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil bagi memberi keterangan.