Handsome lagi bergaya betul awak ni, boleh kenal? Tapi kalau boleh, asah gigi dulu…hehe

Gambar seekor singa yang menjadi viral kerana dilihat sangat tampan dan menawan! Perhatikan beberapa keping gambar di bawah. Handsome kan?

Gambar dirakam oleh Alex Kirichko, 52 tahun yang merasakan bahawa singa itu sangat talented.

“ Kejadian dirakam di Serengeti, Tanzania baru-baru ini.  Dengan gambar yang penuh ekspresi, ia dijangka menjadi kulit muka depan majalah Vogue musim depan,” katanya.

Persis model, singa ini cukup bersahaja ketika jurukamera merakam gambar singa handsome itu!

Lagaknya penuh dramatik seolah-olah berada disebuah set penggambaran filem aksi dalam satu babak yang memerlukannya bergaya dengan penuh ‘style’.

“Pagi itu saya sedang menunggu panaroma kejadian ribut untuk diambil gambar, namun dalam pada itu saya tertangkap aksi singa itu yang seakan menikmati angin kencang kuat.”

“Apabila saya melihat singa itu, ia juga seakan-akan menonjolkan dirinya untuk saya mengambil gambarnya,” akhirinya.