Trending By: SGMS Faida June 14, 2018 @ 3:14am

Solat Sunat Aidilfitri Diawalkan

Memandangkan hari raya pertama jatuh pada Jumaat tahun ini, solat sunat Aidilfitri diawalkan pada jam 8 pagi, esok.

Ini bagi memberi lebih banyak masa yang cukup untuk umat Islam menziarahi sanak saudara.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan media, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Ketua Agama Islam di negeri ini berkenan dan menitahkan agar pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri 1439H ditetapkan pada jam 8 pagi sekiranya 1 Syawal 1439H jatuh pada hari Jumaat.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

“Penyelarasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat antara masjid dan surau di Selangor.

“Pada kesempatan ini JAIS memohon kepada semua imam masjid dan surau agar membacakan Khutbah Khas Aidilfitri dan Khutbah Jumaat yang diterbitkan oleh jabatan ini yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi emasjid.jais.gov.my,” katanya.

Pada masa sama, Haris turut mengingatkan masyarakat Islam di Selangor agar menyambut kehadiran Aidilfitri dengan kesederhanaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dan saling menziarahi keluarga dan sahabat handai.

“Selain itu juga, saya mewakili seluruh warga kerja JAIS ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dengan ucapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

“Semoga Allah menerima segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadan. Maaf Zahir dan Batin,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023
Figura Mon, 8 Jan 2024

Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Filem Man On The Run ditayangkan di Netflix sejak Oktober lalu

Featured Fri, 3 Dec 2021
Featured Fri, 16 Feb 2024
Trending Tue, 3 Jul 2018

Bila Dalam Situasi Begini, Apa Korang Akan Buat?

Perkongsian gadis ini di laman Twitternya mendapat sebanyak 33,000 perkongsian apabila kisah piring kesayangan ibunya tak boleh dibawa keluar dari mangkuk. Lebih mengharukan, piring itu berjenama Corelle! Aduh…