Trending By: SGMS Faida October 27, 2018 @ 12:07pm

‘Tak Apa, Muntah Je…’, Gambar Abang Bomba Pangku Si Comel Curi Tumpuan Netizen

‘ Besar sungguh pengorbanan abang bomba ni, terbaik bossku’, demikian antara komen-komen yang ditinggalkan di laman Facebook yang memperlihatkan seorang anggota bomba yang memangku kanak-kanak.

Gambar anggota bomba yang merelakan seorang kanak-kanak muntah di pangkuannya mula viral sejak malam tadi.

Turut dimuat turun bersama gambar itu kapsyen perbualan yang menyebabkan netizen rasa tersentuh sekali gus melahirkan rasa bangga terhadap pekerjaan tugas anggota bomba.

Gambar tersebut dipercayai dirakam seorang individu dikenali sebagai Efi turut menulis kapsyen, ‘Dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, sebuah kisah benar dalam jentera perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan (EMRS) jam 1 pagi tadi. Kebakaran yang membabitkan tujuh mangsa’.

Kapsyen berkenaan turut diselitkan dengan dialog antara mangsa kanak-kanak dan anggota bomba terbabit apabila kanak-kanak itu mahu muntah.

“Adik: nak muntah. Abam Bomba: Tak apa, muntah je. Sambil tu habis baju api beliau dipenuhi dengan muntah adik tu,” tulis pemilik akaun, Muhd Azul yang memuat naik status tersebut yang kemudian tular di Facebook.

Status bergambar dimuat naik yang turut memaparkan reaksi wajah anggota bomba tersenyum itu turut menerima pujian netizen. Terbaiklah! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Nov 2020
Trending Fri, 19 Jun 2020
Featured Tue, 31 May 2022
Featured Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Fri, 29 Sep 2023

A Aida Dedah Suami Orang Cuba ‘Mengorat’, Farahdhiyah Nasihat Cari Pasangan Sama Taraf – “Yang Merepek Kita Pangkah!”

Min setuju dengan Farahdhiya! Kita doa dapat jodoh yang baik dan bukan suami orang

Trending Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Tue, 21 Nov 2023