Viral dimedia sosial apabila sebuah video menunjukkan seorang wanita melempang seorang pekerja farmasi disebuah pusat membeli belah terkenal di ibu kota mendapat kecaman netizen.

Menurut perkongsian di ruangan komen, wanita yang disyaki menampar pekerja farmasi itu adalah pembantu kepada usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat.

Video berdurasi 1 minit 3 saat yang tular dimedia sosial beberapa jam lepas menunjukkan mangsa telah ditarik keluar dari premis berkenaan dan ditampar sebanyak tiga kali sebelum mangsa bertindak membalas tindakan individu terbabit.

Terbaru, mangsa dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Difahamkan mangsa mengalami kecederaaan di muka dan jari akibat dipukul oleh tiga orang suspek yang tidak dikenali.