Trending By: SGMS Enal November 29, 2018 @ 9:09am

Telepas Destinasi Akibat Juruterbang Tertidur

Sebuah pesawat kecil terlepas destinasi di Australia hampir 50 kilometer selepas juruterbangnya tertidur di dalam kokpit, kata pegawai keselamatan sewaktu dijumpai.

Juruterbang berkenaan ialah satu-satunya individu yang berada dalam pesawat Piper PA-31 dari Devonport ke King Island di Tasmania pada 8 November lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kejadian itu, yang dikelaskan sebagai kes ‘ketidakupayaan’, kini disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Pegawai tidak memberitahu bagaimana juruterbang berkenaan terbangun sebelum mendaratkan kapal terbang itu dengan selamat.

“Ketika penerbangan, juruterbang tertidur, menyebabkan ia terlepas sejauh 46 kilometer dari King Island,” kata ATSB dalam kenyataan.

ATSB akan menemubual juruterbang berkenaan dan menilai prosedur operasi sebelum menyiarkan laporan tahun hadapan.

Tahun lalu, lima maut apabila pesawat yang dalam penerbangan ke King Island terhempas sejurus berlepas di Melbourne. — Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…

Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan

Kisah Viral Thu, 28 Dec 2023
Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Featured Wed, 24 May 2023