Trending By: SGMS Faida March 16, 2018 @ 1:42am

TMJ Letak Jawatan?

Sebelum ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tetapi status yang dimuatnaik menerusi akaun Johor Southern Tigers memberi petanda betapa beliau serius untuk melepaskan jawatannya.

Berikutan kejatuhan ranking skuad kebangsaan yang menjunam tiga lagi anak tangga, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi berdepan tamparan hebat selepas Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan malam tadi.

“Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. 

“Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya. 

“Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit, sebentar tadi.

Dalam masa sama, Tunku Ismail mengakui sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatannya terutamanya selepas berjaya menstrukturkan semula persatuan itu termasuklah mengubah senario bola sepak tempatan sehingga menjadi lebih berdaya saing.

“Sepanjang saya menjadi Presiden FAM, saya telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

“Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan. 

“Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran dimana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan.

“Dalam pada itu, skuad B-23, B-19 dan B-16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kalinya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Jun 2022

“Jangan Nak Keruhkan Hubungan Orang Lain!” – Azri Iskandar Selar Kenyataan F, Mahu Cepat Nikah Dengan Azra

Azri mahu percepatkan pernikahan dengan Azra, diganggu wanita dikenali sebagai F.

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Janna Nick sedih dikutuk gemuk, mahu buktikan dia boleh kuruskan badan.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023