Trending By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 3:13am

Tumpuan Media Antarabangsa, Rumah Mantan PM Jadi Popular

Laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan luar negara sehingga hari ini.

Kira-kira 20 pengamal media yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera ‘berkampung’ berhampiran kawasan kawalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunggu sebarang kemungkinan susulan pelbagai dakwaan dan laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Kumpulan media tidak dibenarkan memasuki kawasan simpang masuk ke kediaman Najib dengan jarak kira-kira 100 meter yang dikawal pasukan polis dengan penempatan balai polis bergerak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy, ketika dihubungi Bernama, berkata pihak polis sentiasa mengawal keselamatan di kawasan itu sebagai langkah pencegahan jenayah serta bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau telah menghalang Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor daripada meninggalkan negara dan telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen untuk ke luar negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Jan 2020

Jack Ma Derma 100 juta yuan (RM58.92 juta) Untuk Vaksin Koronavirus

USAHAWAN tersohor dunia, Jack Ma mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya bagi membantu membangunkan vaksin baharu melawan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 170 mangsa. Media sosial milik Yayasan Jack Ma berkata, […]

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Syeriv Semangat Main Bola Dengan Safawi Rasid – “Untunglah Ada Uncle Kapten Malaysia…”

Umum mengetahui, pelakon Syifa Melvin mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid tahun lalu dan kehadirannya itu telah diterima baik oleh keluarga ‘The Melvins’. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik […]

Featured Tue, 6 Dec 2022
Trending Fri, 30 Apr 2021
Featured Mon, 19 Jul 2021

Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

Buang yang keruh, ambil yang jernih tak giteww?!

Featured Sat, 17 Sep 2022

Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Dengar kata dah tak bertudung dan pakaian sekarang macam betina s*ndal! 👀

Featured Wed, 4 Jan 2023