Trending By: Syafiqa Irdina March 26, 2020 @ 2:11pm

[VIRAL] “Kalau Ada Rezeki Nak Masak Rendang Untuk Mereka” – Isu Celupar Terhadap Kakitangan Hospital, Diva AA Mohon Maaf!

Gara-gara tindakannya menghina kakitangan Hospital Putrajaya, bekas personaliti televisyen terkenal iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA menerima laporan polis oleh pihak pengurusan hospital tersebut!

Isu tersebut bermula apabila sebuah video yang tular di laman Youtube yang menunjukkan Diva AA memburukkan kakitangan Hospital Putrajaya dan sekaligus menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes COVID-19.

Berikut merupakan kenyataan rasmi oleh Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora’i Binti Mohd Said pada 24 Mac 2020.

 

 

Susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh pihak Hospital Putrajaya, Diva AA telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka melalui sebuah video di laman Twitter miliknya.

 

 

Sumber: Twitter

Beliau yang kesal dengan tindakannya itu berkata,  beliau mengambil hikmah atas perkara yang terjadi dan berharap pihak hospital bersikap terbuka untuk menerima permohonan maaf daripadanya.

“Saya mohon maaf kepada Hospital Putrajaya, para Doktor dan pengurusan kerana content perutusan diva khas bahagian tiga menjadi panas dan mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak tertekan dan diganggu emosi disebabkannya.

Semestinya Diva AA mengutip setiap hikmah yang berlaku di sebalik setiap kejadian tidak disangka ini, sekali lagi mohon maaf kepada pengurusan Hospital Putrajaya. Buang yang keruh, ambil yang jernih,” katanya.

 

“Kalau Ada Rezeki Nak Masak Rendang”

Katanya lagi, jikalau ada rezeki dan kesempatan, beliau ingin memberi rendang ayam yang dimasak olehnya kepada pihak pengurusan hospital yang tersinggung dengannya sebagai tanda sedekah.

“Dah nak dekat puasa dan raya ni, kalau ada rezeki Diva AA akan masak rendang Chef Diva AA dan sedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata Diva AA. Minta maaf, kita ni hidup tak lama jadi, di atas dunia ni jangan bagi orang dendam kepada kita,” tambahnya lagi.

Apa-apa pun, Diva AA pun telah membuat permohonan maaf dan diharapkan semua pihak dapat bersikap terbuka tentang isu ini.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Harap isu ini dijadikan iktibar buat semua rakyat Malaysia supaya sentiasa peka dan sensitif terhadap situasi yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Peace!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Trending Thu, 11 Jul 2019

Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape & Rokok Elektronik

Bakal bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, sisha dan juga rokok.

Trending Fri, 18 Jan 2019
Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

Hiburan Thu, 25 May 2023

Meer Nash Cipta ‘Permata’ Buat Peminat

Meer Nash Tampil Lagu Baru!

Featured Wed, 8 Feb 2023