Trending By: Del14 September 27, 2019 @ 7:13pm

Zarina Anjoulie Tayang Kekasih Baru..Memang Suka Lelaki Bertatu?

Pelakon tak lekang dari kontroversi, Zarina Anjoulie yang baru-baru ini mengemparkan internet apabila video dan gambarnya berpakaian tidak senonoh bersama teman-teman dimuatnaik oleh empunya badan di laman instagramnya. Tidak lama selepas itu, dia mengumumkan pada netizen bahawa dia mengambil keputusan untuk membuka hijab.

Baca: ”Bukan Korang Yang Bagi Aku Makan” – Zarina Anjoulie

Kini, Zarina kelihatan bahagia dengan hidup baru apabila dia berkongsi gambar buah hati terbarunya sewaktu bercuti bersama-sama di Bali. Zarina yang bangga namanya ‘terpahat’ alias ditatu di hati lelaki bernama Djemat ini telah memuatnaik foto mereka dengan kapsyen “Zarina Djemat… Namaku ada di dadanya. Ya, dia milikku”

Difahamkan lelaki yang berasal dari Indonesia ini merupakan seorang duda, telah mengtatu nama Zarina di bawah nama anak-anaknya yang telah sedia ada; Mason dan Camilla. Boleh dilihat juga nama bekas isteri duda berkenaan yang telahpun dipotong.

 

Terdahulu, Zarina pernah berkahwin dengan seorang warganegara Brunei bernama Pangiran Mohd Ilham Syazwan pada 8 Februari, 2015 yang juga pernah kecoh kerana bertatu. Mereka kemudiannya bercerai pada 18 Disember 2016. Hasil dari perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

 

Mungkinkah Zarina memang suka lelaki bertatu? Apa-apa pun semoga hubungan ini berakhir ke jinjang pelamin jika memang ada jodoh. Yelah, tak manis pula kalau asyik berpacaran tanpa kesudahan. Takut nanti kalau hubungan putus di tengah jalan, nama Zarina pula yang kena potong!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Sun, 13 Dec 2020
Featured Mon, 18 Jul 2022

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Ini baru betul ketua kumpulan yang hebat! 👏🏻 Naqiu kata nak tebus semula peluang Boboy yang hilang 15 tahun dahulu. Yass, Min suka lagu Episod Cinta 🤩👏🏻

Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Featured Fri, 10 Jun 2022
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Mon, 4 Sep 2023

Hilang 6 Sekeluarga Dalam Sekelip Mata, Tiz Zaqyah Syukur Niat Melawat Abdur Rahman Tercapai

Allahuakbar 🥹 Kuatnya semangat adik Abdur Rahman ni 🥹 Terbaik Tiz! Semoga segala urusan akan dipermudahkan untuk adik Rahman