Trending By: Del14 August 31, 2019 @ 12:33am

Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Kena Denda RM2,800

Mahkamah Majistret Ampang pagi ini telah menjatuhkan hukuman denda terhadap Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli (21 tahun), selepas tertuduh mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM800 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan dan bagi pertuduhan kedua, denda sebanyak RM2000 kerana telah menghalang penjawat awam melakukan tugas. Jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara enam bulan.

Zynakal di dakwa dan di denda di Mahkamah Majistret Ampang

Zynakal yang terkenal dengan lagu ‘Terbang’ telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali kerana mendatangkan kecederaan terhadap pekerja stesen minyak, Ahmad Mostak, seorang warganegara Bangladesh di stesen minyak di Pandan Prima, Ampang pada pukul 3 petang, 28 Ogos yang lalu.

Tertuduh juga di dakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya apabila dengan sengaja tidak menunjukkan kad pengenalannya pada anggota unit peronda polis yang tiba dilokasi selepas menerima laporan dari pengurus stesen minyak tersebut. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa bagaimanapun memohon kepada Majistret, Mohamad Firdaus Sadina Ali untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang rendah, dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.

Apa-apapun kita sama-sama berdoa agar Zynakal betul-betul menyesal dengan kesalahannya dan semoga dia akan nekad untuk jadi manusia yang lebih baik selepas ini. Sayang jika bakat yang ada disia-siakan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Alahai comelnya Siti Nurhaliza layan peminat ☺️☺️ Sweet sungguh!! Tapi kenapa min rasa sebak niiii? 🥲

Featured Thu, 4 Aug 2022

“Ni Je Ke Hasil?” – Netizen Kecam Ira Kaza Tayang Cincin

Amboi netizen ni ada ja eh benda nak bahan 😂 Mana tahu cincin tu dia beli sendiri.

Trending Thu, 27 Jan 2022

“Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

“Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan-bukan. Jaga anak-anak sendiri dahulu.” Itu merupakan ciapan penyanyi Ernie Zakri di laman sosial Twitter miliknya yang dimuat naik pada Rabu. Biarpun tidak menyebut sebarang […]

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.