Trending By: Attiqah Mohd January 23, 2020 @ 6:45pm

(Viral) Macam Movie Anabelle – Keluarga Wanita Ini ‘Diganggu’ Kemunculan Anak Patung Berhantu!

Sumpah Seram! dah macam filem Anabelle..

Korang mesti penah layan filem Anabelle kan? filem seram yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang membeli patung untuk anak mereka  dan kemudian patung tu menghantui hidup mereka sekeluarga. 

Rupa-rupanya bukan dalam filem je, tetapi kisah ‘anak patung berhantu’ ni sebenarnya wujud dalam kehidupan sebenar. Perkara ini terjadi kepada sebuah keluarga yang menetap di Texas. Menerusi laporan daripada India Times, keluarga kepada wanita yang dikenali dengan nama Emily Madonia mendapat hadiah ‘berhantu’ sewaktu menyambut ulang tahun anaknya yang pertama. 

Anak patung Elsa boleh bernyanyi sendiri walaupun butangnya sudah ditekan ‘off’

Menerusi Facebook wanita bernama Emily Madonia, anak patung Elsa yang dihadiahkan buat anaknya, Aurelia akan mendendangkan lagu Let It Go apabila ditekan butangnya dari belakang. Kebiasaannya patung itu akan menyanyikan lagu tema filem popular Frozen itu dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol namun keluarga Emily mulai perasan sesuatu yang tak kena apabila patung Elsa mengeluarkan bunyi sendiri walaupun dah tekan butang ‘off’. Scarynya!

Imej: India Times

Cuba buang tetapi patung Elsa ‘muncul’ kembali di ruang tamu rumah

Keluarga Emily akhirnya memutuskan untuk membuang patung tersebut setelah sekian lama menyimpannya, suami Emily, Mat meletakkan anak patung itu di dalam tong sampah dan membuangnya di luar rumah. Seminggu kemudian, sewaktu Emily dan keluarganya cuba mencari barang, mereka sekeluarga terkejut apabila melihat patung Elsa itu muncul kembali di atas bangku kayu bersama dengan timbunan selimut di ruang tamu rumah mereka.

Imej: India Times

Emily dan Mat kemudiannya bertanyakan kepada anak mereka sekiranya ada yang mengambil kembali patung tu, namun tiada seorang pun yang mengambil.

‘Ibu, saya nampak patung Elsa di laman belakang rumah’

Keluarga Emily kemudiannya mengambil patung tersebut dan kali ini mereka bertindak untuk membuang patung tersebut di dalam plastik sampah, mereka yakin yang lori sampah dah ambil patung tu. Tetapi sangkaan mereka melesat bila beberapa minggu kemudian, anaknya Aurella memberitahu sesuatu yang mengejutkan, Aurella menjumpai anak patung itu di laman belakang rumah mereka. Ish, seramnya!

Imej: India Times

Disebabkan Emily meminta pertolongan orang ramai agar dapat membantu dia dan keluarga membuang patung tersebut. Seram pula bila dengar kisah macam ni, tak sangka kisah Anabelle ni wujud dalam dunia sebenar. Ha, korang yang nak beli anak patung dekat anak atau nak hadiahkan kepada kawan-kawan tu, berhati-hati tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023

Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

Allahu, sedih pula 😭 Isteri pertama hanya nak tuntut hak, tapi sukar nak berkomunikasi 🤭 hm..

Featured Tue, 15 Aug 2023
Trending Fri, 16 Apr 2021

REV Media Group Ungguli Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini Buat Kali Kedua!

REV Media Group (RMG) yang dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital sekali lagi telah dianugerahkan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ oleh d Awards 2020, Malaysian Digital Association (MDA) sekaligus membawa pulang anugerah Emas buat tahun […]

Featured Fri, 30 Sep 2022
Trending Wed, 27 Jan 2021

Bayaran BPN 2.0 Ambil Masa Seminggu Untuk Dikreditkan – MOF

Mohon bersabar demi kebijakan rakyat bersama ❤️

Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Featured Thu, 30 Jun 2022

“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun..” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Timbulkan Tanda Tanya, Yasin Sulaiman Dikhianati Rakan?

Alahai sebaknya. Yasin cipta lagu baru disebalik tirai besi 😭 Deep betul maksud lagi ni