Trending By: Attiqah Mohd January 24, 2020 @ 3:16pm

Pendedahan Mengejutkan! Saintis Percaya Alkohol Dan Suhu Tinggi Mampu Lawan Coronavirus

Satu dunia telah digemparkan dengan penularan virus yang dipercayai sedang merebak di Wilayah Wuhan, Cina yang dikenali sebagai Coronavirus. 

Sehingga ke hari ini dilaporkan seramai 26 orang penduduk di daerah Guangdong dijangkiti virus ini dan dilaporkan seramai 17 orang maut akibat penularan Coronavirus. 

Viral! Rakaman video papar mangsa dibawa di dalam tiub plastik, pasukan medik pakai sut dan topeng muka. 

Menerusi laporan dari The Sun, suatu rakaman video memaparkan seorang mangsa yang dijangkiti virus ini di bawa di dalam tiub plastik. Mangsa dipercayai berasal dari Wilayah Guangdong, China. Video tersebut turut menunjukkan beberapa ahli pasukan medik yang merawat mangsa dilihat memakai sut lengkap dan topeng muka khuatir dengan penularan virus tersebut.

Rakaman video itu telah dimuatnaik di laman Twitter oleh Radio Free Asia

Sumber: The Sun

Menerusi satu kenyataan rasmi, seramai 20 orang ahli perubatan di negara itu turut dijangkiti dengan Coronavorus ketika merawat mangsa.

Saintis buat kajian dan kemukakan hipotesis Coronavirus  berkemungkinan besar dapat dibunuh

Seorang ahli epidemologis dari Cina iaitu Li Lanjuan dan Zhong Nanshan, saintis pertama yang mengenalpasti virus SARS menemui sesuatu yang mengejutkan mengenai Coronavirus. 

Sumber: Buzzfeed

Li Lanjuan mendedahkan hipotesis bahawa kemungkinan besar virus ini boleh dibunuh. Berdasarkan kajian yang dijalankan, Coronavirus ini tidak mampu menular dan akan mati di atas tekanan suhu 57 darjah Celcius, selama 30 minit. 

Selain itu, campuran 75 peratus ethanol dan ether serta asetik asid dikatakan berpotensi untuk membunuh Coronavirus. 

Sumber: Buzzfeed

Walaupun virus ini telah menular dan semakin merebak namun difahamkan bahawa kemungkinan seseorang individu maut akibat jangkitan Coronavirus hanya sebanyak 40 dan 50 peratus, peratusan ini dilihat lebih rendah daripada virus H7N9.

Dalam pada itu, Datuk Bandar wilayah Wuhan, Zhou Xianwang menyeru supaya penduduk di wilayah itu untuk tidak keluar dari bandar. Zhou Xianwang turut mengeluarkan amaran kepada pelancong asing untuk tidak berkunjung ke wilayah itu dalam masa terdekat. 

Kami mengharapkan semoga mangsa-mangsa yang dijangkiti virus cepat sembuh dan semoga virus ini dapat dihapuskan! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Aug 2021

Berbesar Hati Dapat Berkhidmat Untuk Negara, Azmin Ali Mohon Maaf Jika Terdapat Sebarang Kekurangan

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara tercinta. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. […]

Trending Wed, 12 Dec 2018

Harimau Malaya Perlukan Keajaiban Di Hanoi

Ayuh Harimau Malaya terus bangkit!

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Biarpun ‘Terlukis Indah’ Viral di TikTok, Rizky Febian & Ziva Magnolya Berhadapan Dengan Ujian Tersendiri

Lagu duet Terlukis Indah nyanyian penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Ziva Magnolya mendapat perhatian ramai pihak, terutamanya penggemar muzik nusantara. Lagu ciptaan Rizky sendiri ini dilancarkan sekitar Julai lalu itu menjadi viral serta sering digunakan […]

Trending Tue, 30 Aug 2022

Mamat Exists Masih Dipantau AADK, Syukur Kehidupan Lebih Baik

Katanya ke hulu ke hilir memang tak boleh! Moga dipermudahkan urusan Mamat.