Tema:

DFKL 2019 mengangkat tema “#positifselalu” untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif di kalangan penonton TV dan kalangan pengguna media sosial. Antara pertandingan-pertandingan yang dianjurkan bersempena DFKL 2019 adalah:

  • Drama Pendek

Info: Hantarkan penyertaan dan drama pendek hasil kreativiti anda ke laman sesawang DFKL bermula sekarang. Hadiah bernilai sehingga RM18, 000 bakal menanti pemenang!

Peringatan:

  1. Pastikan tiada sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini dipaparkan di dalam video.
  2. Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus bebas royalti.
  3. Dilarang sama sekali menggunakan unsur unsur lucah, politik,penghinaan terhadap agama dan bangsa, budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau menjurus kepada bahasa kasar.
  4. Baca dan faham terma & syarat penuh penggunaan dan pertandingan drama pendek di sini

Syarat Penyertaan:

  1. Tema : Realiti Dunia Media Sosial
  2. (Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran, kemasyarakatan dan tidak melanggar etika, sensitiviti agama dan budaya)
  3. Durasi video: 3-5 minit
  4. Tarikh tutup penyertaan : 1 Mac 2019
  5. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja

HANTAR PENYERTAAN